Thursday 20 August 2020

Ebook: Antologi Anekdot Perintah Kawalan Pergerakan


Helo dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang ebook bertajuk Antologi Anekdot Perintah Kawalan Pergerakan. Anda boleh membacanya di sini.

Ebook ini merupakan himpunan anekdot hasil pertandingan yang dianjurkan oleh DBP wilayah selatan. Ada 10 judul di dalamnya.

Antara yang mencuit hati ialah kisah ketuhar yang lama tidak digunakan.Masihkah boleh berfungsi?  Juga pengalaman mengisi minyak semasa PKP. Kenapa wanita itu asyik pandang penulis tersebut?

Sesuai dibaca oleh semua golongan dan ebook ini boleh selesai dibaca dalam 10-15 minit sahaja. Setiap cerita diserikan lagi dengan foto-foto berwarna-warni.

Syabas kepada para pemenang dan juga usaha DBP dalam mengadakan pertandingan ini. Secara tidak langsung menjadi dokumentasi dan kenangan semasa PKP 2020.

Selamat membaca.


No comments:

Post a Comment