Thursday 21 November 2013

Cerita Miss & Mrs by Lyn Dayana

Google Image
Tajuk          : Miss & Mrs
Penulis       : Lyn Dayana
ISBN          : 9789670448442
Penerbit     : Kaki Novel Sdn Bhd
Halaman     : 427
Tahun         : 2013
Harga         : RM19.00 (SM), RM22.00 (SS)



"Alah ... kalau kita berdua ada jodoh, kat tepi jalan pun boleh jumpa."


Sebenarnya masa jalan-jalan beli novel tu, nak cepat balik rumah. Main ambik je novel ni sebab nama penulisnya. Sampai di rumah barulah sedar yang novel ini bukan karya penulis favourite saya Cik Lynn Dayana.Tapi dah belikan, baca sajalah!

Dalam tempoh sebulan ni, inilah novel kedua yang saya baca tentang kahwin terpaksa. Jadi mulalah membuat tanggapan yang tidak memberangsangkan (Baca: bosan).

Novel ini menceritakan tentang si heroin bernama Dahlia Zahirah yang dijodohkan dengan Dannial Mirzan. Kedua-duanya masih menuntut lagi. Dahlia di Sabah dan Dannial di semenanjung. Konflik berlaku kerana Dahlia mempunyai kekasih hati bernama Paeid yang mana Dahlia tidak sampai hati memberitahu statusnya kepada Paeid. Di kolej, hanya kawan baik Dahlia sahaja iaitu DK yang tahu status Mrsnya itu.

Di kolej Dahlia, ada seorang pelajar yang cantik jelita bernama Shieyna Maria atau Chill yang tergila-gilakan Paeid dan bermusuh dengan Dahlia. Chill ni memang ganas sampai tendang-tendang kerusi sebab sakit hati dengan Dahlia.Banyak lagi peristiwa yang dilakukannya untuk menyusahkan hidup Dahlia.


Dahlia juga mempunyai kenalan di alam maya yang menggunakan nama samaran Sly dan ... nama samaran Dahlia pula ialah Chill! Aduh, dalam banyak-banyak nama, nama Chill juga diguna!


Kemudian Chill pun pindah ke kolej Angsana cawangan semenanjung dan bertemu dengan Dannial. Ingatkan Chil akan berubah menjadi lebih baik tetapi perangainya masih sama. Chill berusaha untuk merebut hati Dannial tetapi Dannial tetap setia dengan Dahlia.

Lama-kelamaan cinta Dahlia  terhadap suaminya mula berputik.Dia cuba untuk menjauhkan diri daripada Paeid.Tetapi kerana ugutan Chill terpaksalah Dannial berpura-pura menjadi kekasihnya dan menyebabkan hubungan Dahlia dan Dannial menjadi keruh. Sampailah satu peristiwa semasa kem yang melibatkan kedua-dua kolej telah membongkar status perkahwinan mereka berdua. Chill yang berang dengan kejadian itu telah mengakibatkan DK mengalami kecederaan. Kan dah cakap Chill ni memang ganas.

Selepas tu terbongkarlah sejarah antara Chill,Dahlia dan Claudia. Mereka bertiga rupa-rupanya berkawan baik dan berkongsi satu rahsia. Sebenarnya rahsia ini yang menyebabkan rasa ingin tahu saya untuk menghabiskan buku ini. 

Akhir cerita, macam biasa yang watak jahat akan mendapat balasan yang setimpal.


Hem...apa-apa pun, saya suka kepada stail penulisan Lyn Dayana yang menyelitkan chat antara Sly dan Chill di alam maya. Bagi seorang penulis muda, Lyn Dayana berjaya menghidupkan watak-watak dengan ayat-ayat yang menarik.

         "Kenapa? Takut?"
          "Aaa?"
          "Takut ke tinggal berdua dengan Nial?"
        "Emm...buat apa nak takut? Nial bukan pembunuh bersiri,   kan?" Dahlia cuba berlagak selamba. 



Buku ini saya berikan 3 1/2 bintang.




No comments:

Post a Comment