Saturday 15 November 2014

Mengembara ke Baghdad bersama Agatha Christie

google image
Tajuk : They Came to Baghdad
Penulis : Agatha Christie
ISBN: 9780007154937
Penerbit: Harper
Tahun: 2003 (Penerbitan pertama 1951)
Halaman: 364
Harga : RM29.90



Helo. Nampaknya blog ini sudah lama dibiarkan bersawang...Tuntutan kerja menyebabkan saya lama tidak mengemas kini blog ini.Sedar tak sedar sudah setahun saya berblog di sini!


Hari ini saya ingin berkongsi review tentang buku Agatha Christie lagi. Buku bertajuk They Came to Baghdad ini berbeza dari karya Christie yang biasanya menampilkan penyiasat terkenal Hecule Poirot atau Miss Marple. 

Latar masa  cerita ini ialah zaman beberapa tahun setelah tamatnya Perang Dunia Ke-2. Di Baghdad, pertemuan rahsia antara kuasa-kuasa besar bakal berlaku. Tetapi sebuah pertubuhan  "underground"  cuba untuk menggagalkan pertemuan tersebut. 


Watak utama cerita ini , Victoria Jones, seorang wanita muda telah dipecat oleh majikannya. Semasa dia tekun memikirkan rancangan seterusnya setelah dipecat, di Taman Fitzjames dia telah bertemu dengan seorang pemuda tampan yang dikenali hanya sebagai Edward. Pertemuan tidak dirancang itu membibitkan kemesraan antara mereka. Malangnya Edward terpaksa ke Bahgdad atas urusan kerja keesokan harinya. Oleh itu, Victoria bertekad untuk mencari jalan agar dia juga dapat menyusul Edward ke Baghdad. 



Nasib menyebelahinya apabila dia ditawarkan sebagai peneman seorang wanita Amerika yang patah tangannya ke Baghdad! Setibanya di Baghdad, maka bermulalah pengembaraan Victoria Jones dalam mencari Edward.

Dalam pengembaraanya itu, beberapa kejadian mendebarkan berlaku ke atas dirinya. Antaranya ialah kejadian seorang lelaki cedera parah yang memasuki bilik hotelnya dan mati di situ. Tetapi Victoria seorang wanita yang tidak mudah melatah dan sentiasa berjaya mengharungi cabaran yang tiba. 

Dalam buku ini juga, Christie membawa para pembaca mengenali suasana kehidupan tempatan, lokasi dan aktiviti arkeologi di luar kota Baghdad. Secara tidak langsung, ini berdasarkan pengalaman Christie sendiri yang pernah ke Baghdad menemani suaminya seorang ahli arkeologi 


Siapakah Henry Carmichael, Richard Baker, dan Anna Scheele? Apakah kaitan mereka dengan Victoria Jones? Bacalah buku ini untuk mengetahui pengembaraan Victoria selanjutnya. 


Secara keseluruhannya, saya cukup terhibur membaca pengalaman Victoria yang dipenuhi dengan kejadian yang tidak diduga. Buku ini saya berikan 5 bintang!




No comments:

Post a Comment