Saturday 6 December 2014

End of Year Book Haul




Hujung tahun saat yang ditunggu-tunggu untuk membeli dan membaca buku sebab masa itu barulah berpeluang bersantai-santai membaca buku.:D Minggu lepas saya berkesempatan untuk membeli buku-buku di atas. Ada lagi buku yang belum sempat dibaca tetapi sudah membeli buku lagi. Abang saya cakap kalau begini boleh buat mini library. Ya, memang ada banyak buku-buku di setiap ruang rumah. Saya pun bercadang untuk mengasingkan mana-mana buku yang tidak akan dijadikan koleksi dan mendermakan sahaja buku-buku tersebut pada tahun hadapan.

Saya suka membeli buku pada hujung tahun kerana ada banyak buku bahasa Inggeris bertemakan sambutan krismas. Maklumlah tinggal di negara beriklim panas, melalui pembacaan dapatlah membayangkan krismas yang putih... Semua buku ini adalah hasil karya penulis yang belum pernah saya baca sebelum ini kecuali Noor Suraya. Saya persembahkan buku-buku tersebut : 

1. Cupcakes : Over 100 Recipes (Igloobooks)
  • Buku resepi ini saya belikan untuk sahabat saya yang sangat suka mencuba resepi baharu dan membuat kek yang sedap. Semoga buku ini memberikan dia lebih banyak idea untuk menghasilkan cupcake yang sedap dan comel.
2. The Love Detective - Alexandra Potter (Hodder)
  • Saya selalu ingin membeli buku karya Alexandra Potter. Akhirnya buku ini di tangan saya. Saya berharap saya akan menikmati buku ini.  
3. Cocktails For Three- Sophie Kinsella writing as Madeleine Wickham (Black Swan)
  • Harganya hanya RM8.00 di Popular! Salah satu faktor saya berani untuk membeli buku ini. Saya sudah fobia terbeli buku yang mahal tetapi ceritanya tidak memberangsangkan. Ini juga kali pertama saya membeli buku karya Sophie Kinsella.
4. Robert Ludlum's The Bourne Objective - Eric Van Lastbander (Orion)
  • Saya pernah menonton filem The Bourne Identity sebab itu saya tertarik untuk membeli buku ini. Lagipun buku ini dijual pada harga RM6.90. daripada harga asalnya RM35.90. Saya berfikir kalau ceritanya tidak menarik pun saya tidaklah terlalu rugi dari segi kos. 
5. Kekasih Waktu - Noor Suraya (Adiwarna)
  • Buku ini ditulis oleh penulis kegemaran saya. Saya juga memiliki tiga buah lagi buku Noor Suraya terbitan Jemari Seni. Saya selalu terbuai dengan bahasa yang digunakan oleh beliau. Bagi saya, penulis ini selalu menghidangkan cerita biasa dalam bahasa yang indah. 
6. Miss Butter Cookies = Cik Danisa - Q (Adiwarna)
  • Kulit buku yang menarik perhatian kerana nampak comel dan manis. Tajuknya juga macam "sedap". Mesti pernah dengar butter cookies Danisakan? Saya suka buku yang tajuknya berkaitan dengan makanan. Maka, tanpa berfikir panjang buku ini pun dibeli. 
7. Alang Rebus Tak Empuk - Aimi Shabana (Adiwarna)
  • Apabila membaca tajuk ini saya teringatkan watak Alang dalam novel Surat Ungu Untuk Nuha oleh Noor Suraya. Jadi saya teringin hendak tahu sama ada ada cerita buku ini ada kaitan dengan Alang yang itu..
8. Christmas at Rosie Hopkins' Sweet Shop - Jenny Colgan (Sphere)
  • Musim krismas pada saya haruslah ada sekurang-kurangnya satu buku yang bertemakan musim tersebut. Kulit bukunya yang merah dan putih. Sangat cantik!
9. A Very Private Murder - Stuart Pawson (Allison & Busby)
  • Buku yang bercorak penyiasatan memang menjadi minat saya. Saya sudah selesai membaca buku ini. Tunggulah reviewnya dari saya, ya.


No comments:

Post a Comment