Wednesday 15 July 2020

4 review mini khas buku terbitan Bookiut

Hai semua. Selamat sejahtera.

Hari ini agak istimewa kerana :
1. puteri saya kembali ke sekolah selepas bercuti hampir 4 bulan.

2. saya akan membawakan 4 review mini dari tetamu jemputan iaitu puteri saya sendiri.

Memandangkan ini pertama kali dia membuat review saya mencadangkan dia membuat review yang ringkas sahaja.



Tajuk: Boba Girl
Penulis:Sabrina Ismail
ISBN: 9789673694587
Penerbit:Bookiut
Tahun: Feb 2020
Halaman: 106

💕💞💞💕

Saya suka buku ini kerana saya juga menggemari bubble tea. Watak utamanya Nazarina atau lebih dikenali sebagai Naza amat menggilai boba tea. Naza merupakan seorang Instagram influencer. Ceritanya sangat menarik dan kulit depannya juga cantik. Buku ini juga boleh di tambah baik dengan meletakkan lebih banyak gambar/ilustrasi. Keseluruhannya saya berikan ⭐⭐⭐⭐⭐
📚📚📚
Tajuk: Mukbang Girl
Penulis:Sherina Elisa
ISBN: 9789673694655
Penerbit:Bookiut
Tahun: Mac 2020
Halaman: 137 

💕💞💞💕

Buku ini menarik kerana menceritakan tentang seorang gadis iaitu  Hanis yang ber'mukbang' menggunakan identiti rahsia. Buku ini amat menarik dan saya berulang - ulang kali membacanya. Buku ini saya berikan ⭐⭐⭐⭐ 1/2.
                            📚📚📚
Tajuk: K-Pop Girl:ARMY yang bertuah
Penulis: Husna Rosli
ISBN: 9789673694631
Penerbit:Bookiut
Tahun: Feb 2020
Halaman: 138

💕💞💞💕

Saya menyukai buku ini kerana saya juga merupakan peminat BTS. Main character nya ialah ahli mereka yang termuda iaitu Jeon Jungkook dan Yana Arissa. Buku ini lebih menarik jika terdapat lebih banyak lagi ilustrasi. Tetapi secara keseluruhan buku ini memang best! Buku ini saya berikan ⭐⭐⭐⭐

                            📚📚📚

Tajuk: K-Pop Girl:Monbebe yang Taasub!
Penulis:Mira Ishak
ISBN: 9789673694402
Penerbit:Bookiut
Tahun: Dis 2019
Halaman: 122

💕💞💞💕

Buku ini mengisahkan tentang seorang Monbebe bernama Nura. Monbebe ialah nama bagi peminat group K-POP Monsta X. Walaupun jalan cerita  buku ini pada mulanya agak perlahan tetapi selepas beberapa bab, saya mula terjebak dengan buku ini. Buku ini saya berikan ⭐⭐⭐⭐

No comments:

Post a Comment