Wednesday 22 July 2020

Senarai Buku dalam Wish List 2020

Helo.Salam sejahtera.
Selamat Hari Sarawak 2020.

Hari ini saya ingin kongsikan dua buku yang dalam senarai wish list saya bagi tahun 2020. 


sumber:goodreads


1.  Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri (Za'aba)

Saya melihat buku ini semasa pameran buku DBP di sekolah saya dua tahun lalu. Setelah membaca blurb di belakang saya berminat untuk membelinya.Tetapi buku itu saya hadiahkan kepada seseorang kerana dia berminat untuk membacanya. 

Saya telah terlupa tentang buku ini sehinggalah saya menonton di YouTube Resensi buku ini oleh Tn Hj Sajoli bin Masdor. Resensi itu sempena Program Jom Membaca Bersama 10 Minit (Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2020. 

Menonton resensi tersebut mencetuskan kembali keinginan saya untuk mendapatkan dan membaca buku itu. Anda semua boleh menonton resensi tersebut pada link ini



sumber: Laman web Jejak Tarbiah

2.   Orang-orang Biasa (Edisi Malaysia) (Andrea Hirata)

Buku media ini pula saya terbaca sinopsisnya dalam group telegram Aktiviti Buku Sana Sini.Buku ini merupakan karya pertama Andrea Hirata dalam genre jenayah. Sebelum ini beliau amat dikenali melalui bukunya yang bertajuk Laskar Pelangi.

Saya tertarik untuk mendapatkan buku ini kerana ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kisah orang-orang biasa ini. 

Harapan saya agar wish list ini dapat dipenuhi sebelum tahun 2020 ini berakhir.

#dudukrumahbacabuku

No comments:

Post a Comment