Thursday 30 July 2020

Book Haul di PBAKL 2020 online


Hai semua. 
Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Hari ini saya akan kongsikan book haul pada bulan Julai. 
Awal Julai yang lepas saya telah membeli buku secara online sempena PBAKL 2020 Online melalui Shopee.
Setelah 2 minggu akhirnya pesanan saya pun sampai.
Saya membuat pesanan daripada beberapa buah kedai/ penerbit yang berbeza.

1. Alaf 21

a. Miss Americano (Rin Ahmad)
Saya berminat membeli buku ini kerana sinopsisnya nampak menarik.Saya pernah membaca karya Rin Ahmad sebelum ini. Jadi saya harap buku ini setanding dengan bukunya terdahulu, Love, Lila.

2. Komrad Buku

a. Engineer Kompeni Sebelah (Han Hanif)
Tajuknya menarik menyebabkan saya memilih buku ini.
b. Budak Kelas Belakang (Emylia Mohd Nor)
Sinopsis di belakang menarik minat untuk membeli.Lagipun ada diskaun harga.
c. Cerita dalam Hospital (Amalina Nudin)
Sinopsis menarik dan sejajar dengan musim pandemik saya berminat untuk tahu serba sedikit kerjaya doktor.
d. Kak Long Kawasan (Mastura Mohd Salim)
Rasanya ini antara keluaran terbaru dari Komrad Buku tahun ini.Tertarik dengan tajuknya.

3. Pelangi

a. Siri La Flora Lawatan Kelilingi Dunia: Vietnam Paling Hebat
b. Siri La Flora Lawatan Kelilingi Dunia: Brazil Paling Hebat
c.Siri La Flora Lawatan Kelilingi Dunia: Sepanyol Paling Hebat

Ketiga-tiga buku ini dibeli untuk melengkapkan koleksi Siri La Flora Lawatan Kelilingi Dunia yang puteri saya miliki. Waalupun fokusnya pembaca kanak-kanak tetapi pembaca dewasa pun boleh membacanya.

d. Siri La Flora Kafe Impian:Rakan Baharu dalam Komuniti Baharu
e.Siri La Flora Kafe Impian:Meneroka Dunia Sutera
f. Siri La Flora Kafe Impian:Pertandingan Seni Gula
Ini kemungkinan siri La Flora terbaru dari penerbit Pelangi .Setakat ini ada 3 jilid sahaja yang saya jumpa. 

4. Maple Comics
a. Jejon di Jepun 4 (Jonsuraya)
Saban tahun saya menantikan cerita terbaru Jejonbdi Jepun.Tak sangka akhirnya tahun 2020 Jejon muncul lagi dalam siri keempat.

5. Humaira Publication 
a. Johan and His Cats(Johan Eskandar)
Buku ini pemberian seorang teman yang tahu minat saya terhadap kucing. Melihat kulit buku ini sudah menggembirakan. Thanks kak!

Itulah antara buku-buku yang diperoleh bulan Julai ini. Semoga saya dapat menghabiskan bacaan buku-buu tersebut dalam tahun ini.
Bye.

No comments:

Post a Comment