Showing posts with label Alaf 21. Show all posts
Showing posts with label Alaf 21. Show all posts

Thursday, 30 July 2020

Book Haul di PBAKL 2020 online


Hai semua. 
Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Hari ini saya akan kongsikan book haul pada bulan Julai. 
Awal Julai yang lepas saya telah membeli buku secara online sempena PBAKL 2020 Online melalui Shopee.

Sunday, 1 March 2020

#KatererCinta oleh Nurul Syahida

Sumber: goodreads

Hai.Selamat bertemu kembali.

Hari ini saya akan kongsikan review novel yang bertajuk #Katerer Cinta. Penulisnya ialah Nurul Syahida yang saya kenali lewat novelnya yang bertajuk Plain Jane.

Sunday, 8 January 2017

READING WISH LIST: AWAK SUNGGUH "PERFECT"



Sumber: Klik di sini
Saya terbaca tentang novel Awak Sungguh "Perfect" dalam satu forum. Dalam novel ini dikatakan ada penerangan tentang kucing. Ha, ini yang menarik hati saya. Sebelum ini saya belum lagi terjumpa novel yang ada menyentuh tentang kucing. Tambahan pula, penulis ini saya pernah baca novelnya yang bertajuk Plain Jane. Lepas ni nak survey buku ini di kedai buku berhampiran.☺

"Saya nak jadi macam kucing. Tahu makna setia, 
tapi cukup berdikari untuk buat keputusan sendiri."

P/s: 2 Januari-Anak kucing saya, Krusty, meninggal dunia kerana penyakit kucing. Lepas ini saya akan pastikan kesemua kucing saya diberi suntikan vaksin.

Sunday, 7 December 2014

Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi

Tajuk :  Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi

Penulis : A.Darwisy,Diyana Farah,Dhieya Adlynna dll.
ISBN:  978 9831248652
Penerbit: Alaf 21
Tahun:2013
Halaman:~423
Harga : RM19.90 (SM)/RM22.90 (SS)




Antologi Cerpen  Hujan Turun Lagi ini adalah kompilasi 25 cerpen yang lahir daripada laman web Ilham Grup Buku Karangkraf. Pelbagai kisah suka, duka, lucu, dan seram dipaparkan dalam kompilasi cerpen ini. Tahniah diucapkan kepada semua penulis yang cerpen mereka dimuatkan dalam antologi ini. Kulit buku ini sangat menarik sesuai dengan tajuk cerpen yang dipilih sebagai tajuk antologi iaitu Hujan Turun Lagi. Penggunaan warna yang menarik terutama warna payung yang berwarna-warni seolah-olah menggamit bakal pembeli untuk membeli buku ini. 
Saya membeli buku ini kerana tidak memerlukan banyak masa untuk membaca cerpen-cerpen yang dimuatkan dalam buku ini sehingga habis.Berikut ulasan untuk lima cerpen yang menarik pada pendapat saya  :