Friday 15 November 2013

Cuti Persekolahan Bakal Bermula ...

Tajuk       : Selamat Pagi, Cikgu
-Google Image-
Penulis    : ZAINAL HAJI BUJANG
ISBN        :  9789830973180
Penerbit   : Galeri Ilmu

Tahun       : 2011
Halaman   : 288
Harga      : RM19.00 (SM)   RM21.00 (SS)



Hidup ini kalau diteroka, memang banyak likunya. Beribu simpang dan jalan yang terbentang, antara detik nadi dan darah yang mengalir.

Selamat Pagi Cikgu !

Sila baca tajuk buku ala-ala Upin dan Ipin. Kali ini buku motivasi pulak. Sekali-sekala berubah angin.  

Kulit depannya menarik. Warna perkataan cikgu "multicolour". Guru membawa bebanan buku yang banyak mungkin simbolik kepada banyaknya beban guru masa kini.  
Mengisahkan catatan pengalaman seorang guru dari tahun 1968 – 2004. Beliau menceritakan pelbagai peristiwa  suka duka yang ditempuh sepanjang beliau menjadi seorang guru dan kemudiannya sebagai guru besar.



Buku ini memberikan satu nafas segar  untuk meneruskan perjuangan dalam profesion yang diceburi. Tidak ada yang mustahil jika kita benar-benar berusaha. Satu peristiwa menarik dalam buku ini ialah cerita beliau yang berusaha untuk mencipta lirik lagu bagi sekolahnya walaupun pada awalnya dia berprasangka buruk sebab dia dipilih untuk memikul tugas itu. Akhirnya dia tersedar daripada prasangka buruk dan berjaya menyiapkan lirik tersebut. Penulis juga menceritakan tentang kejadian banjir kilat yang menyebabkan  sekolah terpaksa ditutup beberapa hari. Jadi apakah langkah penyelesaiannya?

Siapa yang sesuai baca buku ni? Buku ini sesuai untuk bacaan umum terutamanya bakal guru,guru,dan pembaca yang berminat untuk mengetahui kisah dalam dunia pendidikan.Saya percaya perspektif anda tentang dunia pendidikan  pasti akan berbeza setelah membaca buku ini.




Buku ini saya bagi 3 bintang.


No comments:

Post a Comment