Friday 9 January 2015

January Book Haul


Ya, inilah buku-buku yang saya beli ketika jalan-jalan. Kali ini tidak banyak membeli kerana masih sedar diri ada lagi buku yang dibeli dulu belum habis dibaca. Mari lihat tajuk-tajuknya : 

1.   I Heart Paris-Lindsey Kelk (Harper)
  • Ini adalah buku kedua hasil karya Lindsey Kelk yang saya beli. Saya tertarik untuk membaca buku ini kerana saya pernah membaca bukunya yang bertajuk I Heart Christmas. I Heart Paris merupakan antara tajuk terawal dalam siri I Heart oleh beliau. Watak utamanya iaitu Angela Clark pergi ke Paris bersama teman lelakinya, Alex.

2.  The Truth About You-Melissa Hill (Hodder)
  • Tahun lepas saya hampir membeli buku ini tetapi malangnya bajet tidak mencukupi saya terpaksa lepaskan. Mungkin sudah ditakdirkan untuk saya membeli buku ini pada tahun ini. Buku yang pertama yang dimiliki daripada penulis ini.Harapnya ini bukan buku yang terakhir. Penulis yang menetap di Dublin Selatan ini telah menulis 13 buah buku dan buku-bukunya telah diterjemahkan dalam 25 bahasa! 

3.   Jiran Masam Manis-Bunick Firdaus (Jemari Seni)
  • Saya suka membeli buku yang ditulis oleh penulis yang saya kira masih baru. Tajuk ini mengingatkan saya tentang buku pertama yang saya baca berkisar tentang  jiran dalam novel Kopi Susu Sepatu Biru tulisan Ruby Hazri. Bab 1 buku ini menimbulkan tanda tanya dan keinginan untuk saya mengetahui kisah selanjutnya antara Suria dan Fayyad.


No comments:

Post a Comment