Saturday 10 January 2015

Review Buku : Candy Cane Murder


Tajuk :  Candy Cane Murder
Penulis :  Joanne Fluke, Laura Levine, Leslie Meier
ISBN:  9780758221988
Penerbit: Kensington
  Tahun:Oktober 2007 (Hardcover)
Halaman:390
Harga : RM8.00 (Offer)

Disember lepas jalan-jalan di KC, ternampak Smart Bookshop sedang mengadakan promosi buku. Belek-belek buku ini dan harganya berbaloi untuk dibeli. Saya memang suka buku yang bertemakan Krismas dan bonusnya pula ialah kisah penyiasatan. Memang kegemaran saya.Candy Cane Murder ialah buku penutup tirai 2014 buat saya. (Katanya penutup tirai 2014 tetapi reviewnya hanya keluar 2015.Huhu)


Buku ini kompilasi tulisan bertemakan penyiasatan oleh  tiga orang penulis :

1.   Candy Cane Murder - Joanne Fluke
  • Watak utama cerita ini iaitu Hannah Swensen merupakan pemilik bakeri. Pada malam  gala Krismas tahunan Lake Eden, Wayne Bergstorm telah menjadi santa claus dan Hannah sebagai elf. Dalam perjalanan pulang Hanah dan dua orang adiknya iaitu Andrea dan Michelle terjumpa candy cane Wayne tercicir dan membawa mereka menemui mayat Wayne.Kematian pemilik Bergstrom's Department Store, Wayne , menjadi misteri dan Hannah Swensen perlu menyiasat siapakah pembunuhnya.
  • Dalam misi penyiasatannya, Hannah  perlu menemu bual beberapa orang dipercayai boleh memberikan maklumat tentang pembunuhan tersebut. Menariknya setiap kali dia  ingin membuat temu bual  dia akan membawa biskut krismas bersamanya. 
  • Berbalik kepada misteri pembunuhan itu, dengan bantuan adik-adiknya dan ibunya, Hannah berjaya menyelesaikan misteri tersebut.Motifnya tidak lari daripada wang. 
  • Saya suka cerita ini kerana penulisannya penuh humor dan gambaran penulis tentang setiap biskut yang dibuat. Setiap biskut yang dibuat oleh Hannah turut disertakan dengan resipi. Wah, saya terliur apabila menggambarkan setiap biskut yang dibakar oleh Hannah!
  • Agaknya beginilah salah satu biskut iaitu Angel Pillow yang dibuat oleh Hannah:
Sumber: Klik imej
     
2.  The Dangers of Candy Canes - Laura Levine
  •  Cerita kedua dalam buku ini pula menampilkan Jaine Austen sebagai watak utama. Beliau  seorang penulis freelance merangkap penyiasat sambilan. Salah seorang pelanggannya disyaki membunuh Garth Janken telah meminta bantuan Jaine.
  • Jaine telah menyamar sebagai seorang penyiasat insurans untuk mengenal pasti suspek di kawasan kediaman mangsa. Dalam penyiasatannya, dia mendapati  ada beberapa orang suspek yang berkemungkinan membunuh Garth Janken. 
  • Antaranya ialah, rakan kongsi syarikat guaman Garth iaitu Peter Roberts.Selain itu, jirannya yang selalu bersaing dengan Garth dalam pertandingan hiasan rumah tercantik sempena Krismas iaitu Willard Cox turut menjadi suspek. 
  • Selain kisah Jaine menjalankan penyiasatan, turut diselitkan kisah dia menjadi sukarelawan sebuah pertubuhan bernama L.A. Girlfriends. Berlaku adegan lucu bercampur geram apabila dia menghadiri majlis sambutan Krismas anjuran pertubuhan tersebut. 
  • Penulis juga berjaya menimbulkan unsur saspens dalam cerita ini yang mana pembunuhnya adalah orang yang tidak disangka-sangka! Benarlah kata orang, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
  •  
    Sumber: Klik di sini 
 3.  Candy Canes of Christmas Past - Leslie Meier

  • Cerita ketiga dalam buku ini membawa kita kepada misteri kematian ibu Cik Tilley yang telah lama berlaku.
  • Watak utama, Lucy Stone , mengimbas kembali pengalamannya menyiasat kes tersebut berpuluh tahun yang lampau.Dia merupakan seorang ibu muda yang baharu berpindah bersama keluarganya ke Tinker's Cove. Di tempat baharu dia berkenalan dengan Cik Tilley yang menyatakan rasa syaknya tentang kematian ibunya. Cik Tilley mensyaki bapanya sendiri yang membunuh ibunya.
  • Lucy mendapati seorang lelaki yang pernah bekerja di rumah keluarga Cik Tilley iaitu Boott turut menajdi suspek. Boott merupakan seorang banduan yang dibenarkan oleh ayah Cik Tilley bekerja di rumah mereka.
  • Bagi  saya jalan cerita ini agak perlahan kerana kebanyakan masa Lucy dihabiskan mengurus rumahnya dan terdapat konflik antara Lucy dan suaminya. Tambahan pembunuhan ini berlaku pada masa yang silam menyebabkan dia agak sukar untuk menyiasat saksi-saksi berkenaan.
  • Tetapi akhirnya, Lucy berjaya menyelesaikan kes ini dan terungkailah semua kesangsian Cik Tilley tentang bapanya.
 

Antara ketiga-tiga cerita, favourite saya ialah cerita The Dangers of Candy Cane. Secara keseluruhan saya berikan buku  ini 4 Bintang!


No comments:

Post a Comment