Tuesday 20 December 2016

REVIEW: PARIS FOR ONE AND OTHER STORIES


sumber : Klik di sini
Tajuk : Paris For One and Other Stories.
Penulis :Jojo Moyes
ISBN:9780718186654
Penerbit: Michael Joseph Penguin
Tahun: 2016
Halaman:336
Harga : RM69.95

Banyak blog buku yang saya kunjungi  menulis review buku Jojo Moyes iaitu Me After You. Maka, saya tertarik untuk membaca karya Jojo Moyes. Tetapi untuk mengurangkan risiko tidak habis baca, saya mengambil keputusan untuk membeli buku Paris for One and Other Stories dulu.
Saya suka cover buku ini. Warna latarnya yang putih memberikan ketenangan. Menara Eiffel yang menjadi mercu tanda terkemuka Paris turut disertakan. Saiz font yang besar memudahkan untuk dibaca. Nampak simple dan kemas. Buku ini turut memaparkan 10 cerita pendek lain selain novela Paris for One.

Paris for One. Kisah romantik si heroin Nell dan heronya Fabien. 
Nell.Heroin berumur 26 tahun ni telah membeli tiket keretapi ke Paris, City of Lights, untuk bercuti bersama teman lelakinya Pete. Malangnya, Nell terpaksa ke Paris seorang diri setelah Pete mungkir janji.Nell ni tidak pernah ke Paris seorang diri dan masalah bahasa menyebabkan dia kelam-kabut. Apatah lagi Nell ini dikenali sebagai seorang yang tidak adventurous dan sentiasa membuat perancangan yang teliti oleh orang-orang sekelilingnya.
   Setibanya di hotel yang telah ditempah, berlaku satu masalah lagi yang menyebabkan Nell terpaksa berkongsi bilik dengan wanita dari Amerika Syarikat. 
Namun, keadaan bertambah baik selepas dia berjumpa dengan Fabien yang sudi membawanya bersiar-siar di sekitar Paris. Walaupun ada rasa was-was dalam diri Nell kerana Fabien tu orang asing. 
       Salah satu tempat yang disebut ialah jambatan Pont des Arts yang dipenuhi mangga-mangga yang dipasang oleh pasangan bercinta.(Rujuk foto di bawah)
Sumber: klik imej
       Nell merancang untuk melekatkan mangga cintanya bersama Pete di jambatan itu tetapi tidak kesampaian. Dia juga telah berubah fikiran setelah terbaca tentang keadaan jambatan itu yang hampir runtuh kerana menanggung beban yang berat. 
"You just destroy the thing you love.By weighing it down" [Hal 77]
         
        Nell beruntung kerana mempunyai kawan-kawan  karib yang mengambil berat tentang dirinya. Lucunya mengenangkan tindakan drastik yang diambil oleh kawan-kawannya setelah mengetahui Pete mungkir janji. Akhirnya, Nell menemukan sisi lain dalam dirinya yang sering dianggap terlalu bergantung kepada orang lain dan pendiam. 

Fabien.Jejaka Paris yang minat menulis tetapi hasil karyanya tidak pernah dihantar ke mana-mana syarikat penerbitan. Dia masih lagi bersedih setelah berpisah dengan Sandrine. Pertemuan tidak dirancang antara dia dan Nell menyebabkan persepsinya tentang hidup turut berubah. Fabien mempunyai seorang bapa yang menjalankan perniagaan boat tour kecil-kecilan di sungai Seine. Kadang-kadang dia membantu bapanya dalam perniagaan tersebut. 
         Kisah ini seperti kisah lain yang berakhir dengan happy ending. Saya suka cerita ini kerana penulis bijak menyelitkan unsur-unsur kejutan dan lucu dalam cerita Paris for One. Suasana di Paris juga digambarkan dengan jelas apabila Nell berjalan-jalan di sekitar kota Paris. 

Seterusnya buku ini turut memaparkan 10 buah cerita pendek berkenaan kehidupan wanita yang melayari pelbagai pancaroba hidup sebagai isteri. 
Between The Tweets. Tweet tentang Declan Travis, seorang hos popular yang bersih daripada segala gossip  yang dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang perempuan. Dia mengupah agensi penyiasatan untuk mengenal pasti wanita tersebut. Kesudahan cerita ini amat tidak disangka. 

In Love in The Afternoon. Sara dikejutkan dengan percutian hujung mewah oleh suaminya Doug sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang beberapa minggu sudah berlalu. Sara pada awalnya tidak gembira kerana percutian itu tidak dirancang awal. Dia lebih suka melakukan urusan rumahtangga yang dirasakannya lebih penting. Krisis berlaku antara pasangan suami isteri ini. Bagaimanakah mereka berdua menangani krisis tersebut? 

A Bird in The Hand. Beth dan Simon menghadiri sebuah parti yang mana turut dihadiri oleh bekas kekasih gelap Beth iaitu Ben. Beth cuba untuk mengelakkan diri daripada Ben yang sudah pun beristeri. Walau bagaimanapun mereka berdua telah ditempatkan di meja yang sama sepanjang parti tersebut. Adakah rahsia perhubungan mereka akan terbongkar? 

Crocodile Shoes. Kisah seorang wanita pertengahan umur yang telah mendapat keyakinan diri setelah memakai kasut Loboutin merah yang tertukar tanpa sengaja. Beliau menemukan satu impak yang besar apabila menggunakan kasut tersebut sepanjang hari dalam melaksanakan tugasannya. Nampaknya, tidak dinafikan apa yang kita pakai boleh mempengaruhi persepsi orang lain dan kita sendiri.

Holdups. Alice terlibat dalam satu rompakan kedai barang kemas. Alice bekerja di kedai tersebut semasa kejadian itu berlaku. Peristiwa yang tidak diduga terjadi semasa rompakan tersebut.

Honeymoon in Paris. Saya suka cerita ini kerana ada cerita dalam cerita. Liv dan David telah berbulan madu di Paris yang terkenal sebagai kota romatik. Tetapi kesibukan David dalam tugas menyebabkan Liv merasa terabai dan mula memikirkan tentang masa depan perkahwinan mereka. Adakah mereka berjaya menempuh bulan madu mereka dengan bahagia atau sebaliknya? 

Last Year's Coat. Kisah ini memaparkan sikap pengorbanan individu demi keharmonian keluarga. Evie berkenan dengan sehelai kot yang selalu dilihatnya setiap kali pergi ke pejabat. Tetapi harga kot yang mahal menyebabkan dia memendam keinginannya. Sikap rakan-rakan sekerjanya yang selalu shopping seolah-olah wang tidak akan habis turut menjadi tekanan kepadanya untuk mendapatkan kot itu. Saya suka cerita ini kerana berlaku miracle pada akhir cerita setimpal dengan sikap Evie yang sabar. 

Thirteen Days with John C. Seorang wanita pertengahan umur, Miranda terjumpa sebuah telefon bimbit. Dalam telefon bimbit itu, seorang lelaki John C menghantar mesej kepada pemilik asal telefon. Pada awalnya dia membawa telefon bimbit itu pulang untuk mengembalikan telefon itu kepada tuan punya. Gara-gara kebosanan, dia telah menyamar sebagai pemilik asal telefon itu dan berbalas mesej dengan John C selama 13 hari. 

Margot. Wanita warga emas yang ditemui oleh Emily di lapangan terbang, Sementara menunggu keberangkatan penerbangan masing-masing, mereka berbual-bual. Pertemuan singkat itu telah memberikan kesan mendalam kepada diri Emily. 

The Christmas List. Chrissie melakukan aktiviti shopping saat akhir sempena Krismas. Dia perlu mencari beberapa hadiah dan bahan-bahan keperluan untuk ibu mertua yang cerewet dan suaminya. Dia menghabiskan masa seharian pergi merata-rata mencari haruman yang dipesan ibu mertuanya. Akhirnya, dia menemukan haruman itu dengan bantuan pemandu teksi tersebut. Saya suka cerita ini kerana Chrissie telah mengambil keputusan yang bijak pada akhirnya. 

Kesimpulannya, kompilasi cerita pendek ini amat menghiburkan untuk dibaca. Berbagai ragam dan latar wanita ditonjolkan dalam kompilasi cerita ini. Jalan cerita yang menarik dan watak yang realistik dengan kehidupan. Saya berikan buku ini 4 bintang.

No comments:

Post a Comment