Sunday 5 March 2017

Review: Coklat oleh Lily Haslina

sumber: goodreads
Tajuk : Coklat 
Penulis : Lily Haslina Nasir 
ISBN: 9789671211274
Halaman : 372 
Tahun : 2015
Penerbit : DY Kreatif Network (DYKN)
Harga : RM20 (SM)/ RM23(SS)

Are you a CHOCOHOLIC? Pernah tak korang ditanya soalan begini? Hah, kira tak dosalah kan kalau aku sesekali gila coklat lagi! Sebab coklatlah ... err aku dengan budak tu macam ala-ala jadi kawan baik. Kira coklat ni buat kami gitu-gitu! Comelkan? Sweetkan? Err... nak muntah? Suka hati akulah!

Coklat tu manis, macam aku! Gempal-gempal pun manis! Tak setuju? Kan aku dah kata, suka hati akulah nak tafsir diri aku macam mana! Yang penting, aku makan coklat tu baca Basmallah. Err basmallah tu makna baca bismillah lah! Dan paling paling penting, coklat aku halal! Tak ada barangan terlarang. Rugi wooo kalau tak suka coklat. Hilang satu nikmat sorga dunia!
 (sumber: goodreads)

Zaza Anuar.
Si gadis montel yang sangat suka makan coklat. Kegilaannya itu diketahui oleh rakan-rakannya di Kolej Persediaan Pendidikan. Tabiatnya itu menyebabkan badannya semakin membesar dan saiz badannya sering menjadi bahan usikan rakan-rakan sekolej. Zaza sering berasa rendah diri dan menganggap dirinya tidak cantik kerana keadaan saiz badannya. Selain suka makan coklat, Zaza juga suka membaca majalah kecantikan. Walaupun begitu, pelajarannya tidak pernah diabaikan. Dia selalu menyiapkan tugasan kolejnya. Malahan, rakan-rakannya sering "meminjam' tugasannya. Zaza mempunyai dua orang musuh yang selalu cuba menyusahkannya iaitu Asyikin dan Maliz. 

Dia juga sangat suka akan Fariz yang tampan dan berbadan sasa. Oleh itu, dia cuba menguruskan badan untuk memikat hati Fariz. Namun obsesnya terhadap coklat masih tidak dapat diatasi. Pada suatu hari, Zaza telah membaca blog ibu Fariz iaitu mama Faridah. Semenjak itu, dia telah berubah.

Fariz Kamal. 
Pelajar baru di kolej yang menjadi rebutan pelajar perempuan termasuk Zaza. Sikap Fariz yang ikhlas berkawan dan berbudi bahasa menyebabkan Zaza tertarik kepadanya. Zaza sanggup berhabis duit untuk menghadiahkan coklat kepada Fariz saban minggu. Hakikatnya, Fariz tidak suka kepada coklat. Fariz rajin berkongsi tips menguruskan badan dengan Zaza menyebabkan Zaza berasa tidak selesa.
      ..................................................................................................................................
Apa yang menarik tentang novel ini:
1. Kulit depannya yang simple tetapi nampak "lazat". 
2. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan ada unsur melucukan.
3. Banyak peristiwa lucu berlaku kepada Zaza dan teman-temannya.
4. Beberapa info menarik berkaitan kesihatan dan coklat turut diselitkan.
5. Semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh teman-teman Zaza iaitu Puteri Rania, Insyirah dan Khadijah.
                                          ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Ada beberapa petikan yang saya suka : 
1. "Mana kau orang mahu? Sebelah tangan aku, penumbuk spicy. Sebelah kiri ni original, rasanya sedang-sedang". [hal. 58]
2. "Gemuk tak semestinya tak cantik. Ada waktunya yang gemuk dan berisi itu cantik serta manis." [hal. 96]
3.Kawan-kawan memang menyenangkan. Rasa seperti makan coklat...[hal. 172]
4."...Kita jangan putus asa. Setiap kesedihan pasti akan ada kegembiraan. Kita hanya perlu bergerak ke hadapan. Jangan beralah dengan kesedihan sendiri".[hal. 331]

Novel ini sesuai untuk dibaca oleh golongan awal remaja.  Kesungguhan dalam menimba ilmu dan kehidupan seharian pelajar dipaparkan dalam novel ini. Saat membaca novel ini, keinginan makan coklat kembali membara terutamanya coklat badam.Tetapi novel ini juga menimbulkan kesedaran tentang pentingnya bersenam untuk kesihatan. Penulis bijak menulis ayat-ayat yang menghiburkan. Saya berikan 4 bintang. ☺

No comments:

Post a Comment