Saturday 3 June 2017

Review Komik Kuala Terengganu in 7 Days

Sumber: Goodreads
Tajuk: Kuala Terengganu in 7 Days
Penulis: Mimi Mashud
ISBN:9789671296806
Penerbit: Maple Comics
Tahun: Ogos 2015 (Cetakan Kedua)
Halaman: 100
Harga: RM25.00




Ada sesiapa nak pergi jalan-jalan ke Kuala Terengganu cuti ini? Tak tau nak pergi mana? Ha, apa kata dapatkan idea untuk percutian daripada komik travelog karya Mimi Mashud ni. 


Melalui komik Kuala Terengganu in 7 Days (KTi7D) , pembaca dapat mengenali serba ringkas budaya dan loghat negeri Terengganu. Secara keseluruhan, komik ini berjaya  memaparkan tempat dan perkara penting berkaitan dengan Kuala Terengganu. Lukisannya cantik, kemas dan menarik. Bahasa yang digunakan juga mudah difahami dan diselitkan unsur kelakar. Loghat negeri Terengganu juga diberikan terjemahan dalam bahasa melayu. Ini memudahkan pembaca memahami loghat negeri tersebut.  

Memandangkan saya suka dengan makanan, hal yang menarik perhatian saya dalam komik ini ialah jenis makanan yang unik di Terengganu. Alangkah baiknya jika latar belakang beberapa jenis makanan itu diterangkan secara terperinci.☺ 

Rupa-rupanya selain Kuala Terengganu in 7 Days (KTi7D) , Mimi Mashud juga menghasilkan satu lagi komik iaitu Beijing in 5 Days. Semasa pergi ke PBAKL17 tidak perasan pula sama ada komik itu ada ke tidak. 

Mimi juga bakal muncul dengan satu lagi komik Travel Notes North Malaysia. Harap-harap komik beliau yang terbaru ini lebih panjang. Saya berharap agar Mimi Mashud akan terus menghasilkan lebih banyak komik travelog tak kisahlah tempatan atau luar negara pada masa akan datang. 

Saya beri ☆☆☆☆ untuk komik Kuala Terengganu in 7 Days.

No comments:

Post a Comment