Sunday 24 March 2019

Pengalaman Membeli Buku Secara Online di Book Depository



.
Pernah dengar tak Book Depository? Book Depository (BD)  merupakan sebuah syarikat menjual buku secara online  yang berpusat di United Kingdom. Menariknya, mereka membekalkan lebih 20 juta  buku-buku itu ke seluruh dunia tanpa mengenakan caj penghantaran. 
Dengan visi All Books Available to All mereka berusaha untuk memenuhi permintaan semua pelanggan dengan menambahbaik kepelbagaian buku dan ketersediaan buku-buku tersebut. 
 Ini merupakan pengalaman pertama saya memberanikan diri membeli buku dari Book Depository. Tetapi sebelum itu, saya cuba melayari maklumat berkenaan pengalaman pelanggan yang pernah berurusan dengan Book Depository. Tidak banyak yang saya jumpa pengalaman pelanggan daripada Malaysia yang terkini. Tetapi saya memberanikan diri menanggung risiko untuk membuat pesanan. 

πŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“š

Sebenarnya saya ingin membeli buku Teach Like Finland (Hardcover) sahaja. Selepas membuat perbandingan harga antara Kinokuniya dan BD, saya mengambil keputusan untuk membeli daripada BD kerana harganya lebih berpatutan. Alang-alang membeli satu, saya pun pesan sebuah lagi buku bertajuk What a Thing to Say to the Queen: A collection of royal anecdotes from the House of Windsor (Hardcover). 

πŸ”– Proses semasa membuat pesanan.πŸ”–
Masa saya membuat pesanan itu, yang saya faham mereka menerima bayaran kad debit mastercard. Tetapi bila key in berkali-kali, asyik ditolak ja urusan jual beli. Saya pun gunalah kad debit Visa, akhirnya berjaya. Jadi kalau sesiapa menghadapi keadaan begini, janganlah panik ya. 

πŸ”–Proses selepas membuat pesanan.πŸ”–
Dalam tempoh  selepas 24 -48 jam  (kalau tak silap) iaitu 7 dan 8 Feb, saya mendapat emel memaklumkan pesanan saya sudah diproses dan dipos. Maka sekarang kenalah tunggu buku-buku itu sampai. Kalau ke Malaysia tempoh penghantaran ialah 10-20 hari bekerja. Memandangkan saya tidak memerlukan buku itu pada kadar segera, saya rasa oklah. Selepas hari ke-10, saya mula rasa berdebar-debar juga, takut buku itu tidak sampai. Kalau hilang dalam perjalanan, lagilah.Dahlah tempat saya agak jauh di Sarawak. 

Akhirnya,
 pada 25 Feb buku saya yang pertama sampai. Buku yang kedua tiba pada 26 Feb dengan selamatnya seperti dalam foto di atas. Maksudnya buku saya tu sampai dalam tempoh 12-13 hari waktu bekerja . Syukur. 
Ya, buku-buku itu dihantar berasingan  walaupun dipesan serentak. Pembungkusannya dalam kotak jadi buku tu memang tak akan rosak. Kalau tak silap (lupa) buku itu tidak dibungkus dalam bubble wrap. Namun, buku  itu dalam keadaan baik walaupun dipos guna mel biasa.  Cuma satu bungkusan tu,ada kemek di hujungnya.

Kesimpulannya
saya berpuas hati dengan perkhidmatan Book Depository. Lepas ini saya akan membuat pembelian lagi lepas dah habis baca buku-buku tersebut. Menyentuh tentang harga, walaupun kos penghantaran percuma, tetapi saya rasa kos itu telah diserapkan dalam harga buku. Apabila saya bandingkan harga buku yang sama dengan harga di Bookxcessonline, memang  buku di BD lebih mahal.Tetapi harga di Bookxcessonlie belum termasuk pos, jadi lebih kurang sama mungkin.

Saya juga teruja sebab Book Depository turut memberikan dua penanda buku percuma yang sangat comel seperti dalam foto di atas. Baru tadi saya melayari semula laman web tersebut, saya dapati BD telah menawarkan bookmark yang baharu. Tetapi tidak pasti berapa kerap mereka menukar-nukar book mark tersebut. 

Sekian sedikit tentang pengalaman pertama saya membeli buku di Book Depository.  Maaf sebab berceloteh panjang. Jika beminat untuk membeli buku secara online, 
boleh layari laman webnya di sini 
Bye.

Update: Ikuti pengalaman kali kedua saya membeli buku secara online di Book Depository di sini pula. Ada sedikit perbezaannya.


4 comments:

  1. saya pom pertama kali belidgn BD ni kerana harga yg sgt berbaloi dan pilihan pelbagai... harap smpai ikot tempoh yg di janjikn

    ReplyDelete
  2. Ya.memang berbaloi.kalau buku tak sampai mereka akan kirimkan semula.

    ReplyDelete
  3. Mereka kirim guna pos biasa sahaja. Mungkin saudara/saudari boleh hubungi mereka untuk tanya. Pandemik ni pun salah satu faktor juga lambat sampai.
    Harap2 buku tu sudah sampai.

    ReplyDelete
  4. hi marbella. nk tya bila you buat payment guna debit visa tu mmg dia terus tolak from kita punya bank acc or macam mana? coz dia tak tolak from my bank account after i buat payment. so agak risau huhuhu. :/

    ReplyDelete