Friday 20 September 2019

Koleksi komik saya : Detektif Conan

Kalau anda masih ingat syarikat penerbitan Tora Aman sinonim dengan penerbitan manga alih bahasa dari Jepun seperti Detektif Conan dan Doraemon. Malangnya penerbitan itu sudah tidak beroperasi lagi sejak tahun 2017.
Oleh itu saya sangat sayangkan koleksi komik Detektif Conan yang tidak seberapa ni. Rasanya ada lagi tetapi entah di mana letaknya.



Jika anda perhatikan dalam koleksi ini, Ada edisi tajuk serupa yang sampai dua naskhah. Itu gara-gara terlupa mana satu komik Detektif Conan yang sudah dimiliki.😃
p/s: Sila abaikan tangan kucing saya yang nak juga menyibuk tu. 😄😄



Kalau masa awal dulu HARGA komik ni agak berpatutan iaitu RM4.80 kemudian naik kepada RM5.20 dan kali terakhir saya beli dengan harga lebih RM10.00. Mujurlah pada masa itu sudah ada duit sendiri.Dek kerana minat saya beli juga. Selalunya komik ini saya beli di kedai buku Popular.


Sebenarnya membaca komik ini boleh membantu melepaskan tekanan selain mengatasi reading slump. Pada tahun 2016 saya mengalami reading slump. Walaupun agak kerap membeli novel tetapi semangat membaca novel sudah menurun. Pada masa itu komiklah menjadi sumber melepaskan bosan.

Watak yang saya suka dalam komik ini selain Conan ialah Ai Haibara. Haibara turut mengalami nasib seperti Conan iaitu terperangkap dalam badan kanak-kanak. Asalnya Haibara ialah  seorang ahli kumpulan jubah hitam menggunakan kod  nama Sherry. Setelah dia berubah menjadi kanak-kanak, dia tinggal di rumah Prof Agasa. Saya suka stail rambut Haibara. Puteri saya pula suka watak Kaito Kid.
Anda pula bagaimana? Siapakah watak  kegemaran dalam komik ini?

P/s: Jerebu yang teruk melanda  kawasan saya semenjak semalam.  Bacaan IPU melebihi 200. Harap esok bacaannya akan menurun.



2 comments:

  1. Replies
    1. Hi.Maaf.Sayang dengan koleksi ni.Terima kasih sudi singgah blog saya.

      Delete