Friday 29 May 2020

May Book Haul

Helo semua. Selamat bertemu kembali.

Pada bulan Mei ini saya telah memesan buku dari bookcafe.com.my.Pada awalnya ingatkan buku ini akan sampai selepas raya tetapi syukur sebelum raya dah sampai.Tetapi baru semalam ambil di pejabat pos sebab selepas cuti raya ni barisan panjang.Jadi tangguh dulu nak ambil walaupun dalam hati tak sabar nak lihat buku-buku itu.
Seperti biasa buku -buku akan dibalut dengan bubble wrap. Maka risiko kerosakan dapat dimininumkan.

Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan bookcafe.com.my sebab penghantaran cepat. Walaupun semasa PKPB dan masa pesanan dibuat sebelum raya iaitu 14 Mei.

Mari lihat buku-buku yang  dibeli ikut kategori.

Buku untuk diri sendiri.

1. Tuan Direktur (Hamka)
Saya pernah membaca buku beliau bertajuk Merantau ke Deli. Selepas membaca buku tersebut, saya berminat untuk membaca karya Hamka yang lain.

2. Kenangan-kenanganku di Malaya (Hamka)
Setiap kali nak beli, mesti kehabisan stok.Kali ini apabila tinggal satu naskhah terus beli.

Buku untuk puteriku

3. Boba Girl (Sabrina Ismail)
Rasanya majoriti tahu fenomena Boba Tea. Buku yang comel ini terbitan Bookiut. Rasanya target mereka untuk pembaca kanak-kanak dan remaja.

Puteri saya suka sangat dengan Boba Tea. Tapi tak boleh selalu sebab kandungan gulanya.

Saya tahu kewujudan buku ini selepas youtube channel milik penulis. Saya terus mencari di bookcafe.com.my dan turut membeli buku-buku lain. 
Saya suka menonton youtube penulis ini iaitu Husna Reads.

Apa sahaja buku bertemakan K-Pop saya akan usahakan untuk beli. Semuanya untuk menggalakkan puteri saya membaca buku.

6.Mukbang Girl (Sharina Elisa)
Satu lagi yang trending iaitu mukbang. Banyak youtuber buat sesi mukbang ni. Satu lagi sebab beli kerana tema KPop.

Buku untuk anak-anak buah.
Ada tiga orang yang masih belajar di sekolah rendah.Galakan membaca perlulah dari kecil.
Kenapa semua Boboiboy? Sebab semuanya lelaki. 

7.Boboiboy(Colouring and Activity Book 1)

8. Boboiboy(Colouring and Activity Book 2)

9. Boboiboy(Jigsaw Puzzle Book 1)

10. Boboiboy(Colouring and Activity Book 2)

11. Boboiboy(Fun Packed Activity with Stickers)

12. Siri Hikayat Teladan : Pak Malim yang Pintar dan cerita-cerita lain
Ada 12 buah buku dipesan. Turut disertakan ialah sebuah buku agama percuma.

Rasanya ini adalah Book Haul pertama saya untuk tahun 2020 ni. Sebenarnya masih banyak lagi buku yang sudah dibeli belum dibaca. Jadi nak kurangkan pembelian selagi buku-buku tersebut belum dibaca.

Bye.


No comments:

Post a Comment