Monday 17 August 2020

Komik Bersiri La Flora Lawatan Kelilingi Dunia- Vietnam


Tajuk : Komik Bersiri La Flora Lawatan Kelilingi Dunia (Vietnam)
Penterjemah :  Peng Jeck Mor 
Penerbit: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd
Tahun: 2018
Harga : RM12.00(SM)/ RM13.00 (SS)
Belian semasa PBAKL 2020 online  x Shopee 

Helo semua. Salam sejahtera.

Beberapa hari lagi sekolah akan bercuti. Mungkin pergerakan anak-anak masih terhad dalam tempoh PKPP ini. Oleh itu, ibu bapa boleh menghadiahkan Komik Bersiri La Flora Lawatan Kelilingi Dunia kepada anak-anak sebagai bahan bacaan mengisi masa lapang.

Hari ini saya akan kongsikan satu lagi komik dalam siri La Flora Kelilingi Dunia yang akan membawa kita ke Vietnam.


Siri ke Vietnam pada kali ini memperkenalkan pelajar dari Akademi Putera Noah iaitu Yang Tai Shan dan turut serta ialah Esmeranda (Sepanyol).


Banyak kisah lucu terjadi semasa  menyiapkan tugasan ini. Selain Esmeranda, dia dibantu oleh Sisly seorang pemilik ladang organik yang amat menyayangi  alam sekitar.

Selesai membaca komik ini saya dapati banyak perkara menarik dan hebat di Vietnam. Namun, seperti biasa saya memilih tiga kehebatan yang ada di Vietnam berdasarkan komik ini.

1. Banh Mi


Sejenis makanan tradisional Vietnam dan banyak dijual di tepi jalan. Menariknya ia menggunakan roti perancis dan intinya terdiri daripada ham, sosej, keju,lobak, dan sebagainya. Untuk menambahkan perisa boleh diletakkan sos dan mayonis.

2. Perahu Bulat

Perahu ini berbentuk bulat dan boleh memuatkan tiga orang dalam satu masa.Biasanya digunakan untuk menangkap ikan di pesisiran pantai.


3. Zodiak Kucing 

Di Vietnam, zodiak kucing menggantikan zodiak arnab. Teorinya ialah bunyi sebutan arnab dan kucing sama dalam bahasa Vietnam.

Demikianlah sedikit sebanyak tentang siri La Flora ke Vietnam  kali ini. Komik ini memang menarik dan boleh menambahkan ilmu pengetahuan dengan cara menghiburkan.  

Untuk mengetahui budaya dan sejarah sesebuah negara tidak semestinya pergi ke negara tersebut. Kalau ada rezeki ke tempat orang itu sudah satu bonus!

Sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak dan sesiapa yang sukakan komik berinformasi. Ibu bapa atau penjaga boleh menggunakan kreativiti masing-masing misalnya menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang kehebatan yang dinyatakan dalam komik ini.

Selamat membaca dan selamat mengembara.

No comments:

Post a Comment