Tuesday 15 December 2020

Book Haul Bulan Disember 2020

 Helo.Salam sejahtera.

Hari ini saya ingin kongsikan book haul Disember. Sempena Jualan 12.12 di Shopee saya membeli buku komik dari Gempakstarz untuk puteri saya. Harganya RM10.90 berbanding harga sebenar RM12.00. 

Akhirnya buku-buku komik yang dipesan sampai dalam masa seminggu. Tempoh penghantaran itu dianggap agak cepat bagi kawasan pedalaman seperti tempat saya.

Buku- buku komik yang dibeli :

1. Survivors in the Sand~Deserts

2.The World's Finest~ Local Specialities

3. In This Together~ Unity

4. Pressure Planet~ Relationships

5. Badan Sihat dan Cerdas~ Tubuh Manusia

6. Putera Bijak Urus~ Pengurusan Wang

7. Persaingan Sihat ~ Diet Seimbang


Novel Ursula ini pula dibeli di kedai  buku yang ada di pekan. Setelah sekian lama tidak mengunjungi kedai itu  ingatkan nak tengok-tengok sahaja. Alangkah terkejutnya apabila melihat harga buku Ursula ini hanya RM13.00

Sebelum itu, memang merancang untuk membeli novel ini setelah membaca review positif tentangnya di media sosial. Akhirnya novel ini berada di tangan saya. Tetapi belum sempat baca sebab perlu ada mood untuk membaca novel setebal itu. 

Jadi itu sahaja cerita book haul Disember saya. Sebenarnya lebih kepada comic book haul. Apa-apapun kami berdua amat berpuas hati dengan hasil tangkapan bulan ini.🙂


No comments:

Post a Comment