Thursday 31 December 2020

Ebook review:True Confections (Ruth Hartzler)

 

seiras tak?





Helo semua. Buku ini dibaca semasa menunggu detik 12 tengah malam  menyambut kedatangan tahun 2021.

Pada penghujung tahun ini saya kerap memilih genre cosy mystery sebagai bahan bacaan. Dulu tak tahu pun apa maksud cosy/cozy mystery. 

Berdasarkan hasil pencarian dalam Google, cosy/cozy mystery ialah subgenre fiksi jenayah. Biasanya watak utama ialah seorang wanita bertindak sebagai penyiasat amateur. Beliau digambarkan sebagai seorang yang bijak dan mempunyai perwatakan yang menarik. Watak utama ini boleh jadi seorang penulis, pemilik perniagaan, pengusaha restoren atau bakeri, pelukis dan sebagainya.

 Lokasi / latar tempat pula ialah di pekan atau bandar kecil yang biasanya hubungan komuniti kejiranan amat rapat. 

Di barat, subgenre ini semakin diminati oleh kalangan pembaca terutamanya golongan wanita. Apa yang menyebabkan saya turut berminat dengan subgenre ini ialah penggunaan bahasa yang mudah. Tidak ada bahasa kesat digunakan. Aksi-aksi jenayah dan seks yang melampau juga tidak ada dalam buku-buku ini. Saya paling takut membaca novel fiksyen jenayah yang adegan pembunuhannya sangat terperinci. Itu lah sebab utama saya beralih kepada cosy mystery. 

Jika anda pernah membaca siri Nancy Drew atau siri Salma semasa kecil dahulu anda pasti dapat membayangkan bahasa dan jalan cerita yang dipaparkan. Bezanya watak utama ialah wanita dewasa berbanding Nancy Drew ialah penyiasat amatur remaja. 

🐱🐱🐱

Sinopsis: 


When her husband of thirty years runs off with a college student named Cherri, Jane Delight returns to Pennsylvania to work in her Amish sister's cupcake store. Having lost everything in the divorce, Jane now finds herself sharing an apartment with two elderly ladies and their quirky cat. 

But there is no time to despair. A man is murdered in the cupcake store, and now Jane and her sister, Rebecca, are the prime suspects. Enter brooding detective Damon McLeod, a Scot with a tragic past and a desire for justice. 

Can Jane solve the murder, wrangle her new roommates, and stop herself from falling for the detective?

Or will she never get her new life on track?
(Sumber: goodreads)

Review buku:


Sebelum membaca buku ini saya membuat survei dalam goodreads terlebih dulu. Rata-rata pembaca memberikan review 4 bintang ke atas untuk buku ini. Ini menarik minat saya untuk membaca buku ini. 

Buku ini dimulakan dengan Jane Delight menyambut hari lahirnya yang ke-50 di sebuah restoren. Sepatutnya hari ulang tahun mencatatkan memori indah bersama orang tersayang. Malang bagi Jane, suaminya memilih hari itu untuk memberi tahu dia ingin menceraikan Jane untuk bersama kekasihnya yang bakal melahirkan anak mereka. 

Jane membawa diri ke Pennsylvania dan tinggal bersama adik kembarnya yang masih mengamalkan budaya kehidupan Amish. Siapa sangka selepas tinggal di situ selama 6 bulan, seorang lelaki meninggal dunia di kedai bakeri milk kembar Jane. Maka bermulalah penyiasatan amateur yang dilakukan oleh Jane dibantu oleh dua adik beradik yang berusia lebih 80 tahun iaitu Matilda dan Eleanor beserta Mr Crumbles, kucing mereka. 

Membaca buku ini menyeronokkan kerana watak-wataknya yang hidup walaupun watak utama dan watak sampingannya semua warga emas. Selain Jane, Matilda watak yang digemari kerana dia yang paling bersemangat untuk menyelesaikan kes ini. Matilda seorang peminat tegar Agatha Christie merasakan dirinya ala-ala Miss Marple, watak penyiasat amateur dalam buku Agatha Christie. 

Apatah lagi pembunuhan dilakukan menggunakan racun yang terhasil daripada tanaman yang ada di apartmen Jane dan dua beradik itu. Maka keluar lah segala teori pembunuhan ala Agatha Christie oleh Matilda. 

Selain itu, pembaca didedahkan dengan budaya kehidupan masyarakat Amish. Baru lah saya tahu anggota masyarakat ini boleh memilih untuk mengekalkan gaya hidup sebagai Amish atau tidak. Ini dibuktikan oleh Jane yang tidak lagi menjadi Amish tetapi Rebecca masih mengekalkan budaya hidup ini. Masyarakat itu juga digambarkan sebagai masyarakat yang boleh hidup bergaul dengan masyarakat lain. 

Sedikit maklumat tentang budaya Amish: Mereka hidup secara sederhana dan menyara hidup dengan melibatkan diri dalam kegiatan pertanian dan perniagaan. Mereka hidup dengan menolak teknologi moden seperti kenderaan berenjin, telefon, dan elektrik. 


Pembacaan berjalan lancar kerana bahasa yang mudah dan penceritaan tidak berbelit-belit. Rasa berdebar juga apabila membaca dan hati tertanya-tanya siapakah pembunuh itu. Buku ini kurang daripada 200 halaman dan selesai dibaca dalam masa dua jam sahaja. 

Kulit hadapan buku ini juga sangat comel dengan Mr Crumbles sebagai watak utama. Memang sesuai dengan peranan Mr Crumbles itu sendiri. Ada diceritakan pada bab - bab akhir tentang sambutan ulang tahun Mr Crumbles. 

Jika berpeluang memiliki buku fizikal sudah pasti saya akan membelinya untuk koleksi. Setakat ini ada empat tajuk dalam siri An Amish Cupcake Cozy Mystery dan ini merupakan tajuk pertama dalam siri tersebut. Kesemuanya ada dalam Google play store tetapi bukan percuma kecuali tajuk pertama sahaja. 

Buku ini saya berikan🌠🌠🌠🌠1/2

Butiran tentang buku:


Tajuk: True Confections (An Amish Cupcake Cozy Mystery #1) 
Penulis: Ruth Hartzler
Tahun: 2019
Ebook dibaca menggunakan aplikasi Playbook

No comments:

Post a Comment