Helo.
Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.
Salah satu azam saya untuk azam tahun 2021 bagi blog ini ialah menulis Top Ten Tuesday (TTT) sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ya, selain menulis review aktiviti TTT ini juga menyeronokkan dan menambah pengetahuan tentang buku-buku yang telah atau belum dibaca.
Kali ini saya akan membawakan topik Top Ten Tuesday (TTT) yang bertajuk Book Covers That Make Me Hungry. Sebenarnya tajuk ini telah pun dibuat oleh komuniti blogger buku barat tahun lepas. Saya memilih untuk membuat tajuk TTT ikut kesesuaian dan tidak mengikut tajuk yang dijadualkan.
Secara ringkasnya, TTT ini menyenaraikan 10 perkara berkaitan dengan buku pada setiap hari selasa.Idea asal TTT boleh dibaca di sini.
Makanan dan kulinari merupakan salah satu tajuk kegemaran saya. Perkara ini akan mempengaruhi pemilihan bahan bacaan saya.
Novel yang berlatarkan kulinari atau makanan biasanya kulit bukunya turut memaparkan foto makanan tersebut dalam bentuk paling menyelerakan.
Berikut antara buku / novel yang memaparkan makanan atau yang berkaitan dengannya. Semua kelihatan sangat comel dan menyelerakan pada pandangan saya. Enjoy.
🥧 Sebuah novel cozy mystery yang melibatkan seorang pengusaha bakeri menjadi penyiasat amateur. Membaca tentang pai yang ada memang buat saya lapar.
2. Cappuccinos, Cupcakes and a Corpse- Harper Lin
Francesca Amaro yang kembali ke tempat asalnya dan meneruskan perniagaan kafe keluarga. Fran digambarkan mahir membuat cappuccino dan saya suka membaca tentang hiasan dan susun atur kafenya.
3. Death, Taxes, and Green Tea Ice Cream - Diane Kelly
Saya belum berpeluang membaca novel ini tetapi green tea ice cream tu nampak sedap.
4. Ulam Kasih Sambal Cinta - Norzailina Nordin
Penulis bijak menggunakan pengalamannya dalam bidang masakan dan dikongsikan dalam buku ini. Makanan melayu yang diceritakan dalam novel ini semuanya menyelerakan.
5. The Heavenly Italian Ice Cream Shop - Abby Clements
Bagaimana agaknya kelazatan ais krim Itali? Rasa mengidam pulak apabila membayangkannya.Harap-harap dapat membaca buku ini nanti.
sumber: goodreads edit:donuntandcupcake |
6. Asam Pedas untuk Dia - Nureen Mirza
Asam Pedas salah satu kegemaran saya. Pernah terlihat drama adaptasi daripada novel ini secara tidak sengaja. Kebetulan pula masa tu watak heroin sedang masak Asam Pedas untuk anak majikannya. Menaip nama masakan ni sudah kecur liur.
7. Separuh Potongan Piza - Maslina Ngadiman
Saya dah baca buku ini beberapa tahun lalu. Cuma masih ingat tentang suasana di Ceri Cafe dan seorang budak lelaki yang sering memesan separuh potongan piza.
8. #KatererCinta - Nurul Syahida
Buku ini saya sudah baca dan menarik. Kek itu nampak manis dan semestinya sedap.
9. Nasi Lemak Bonda- Qayyum Nur
Dua beradik yang berusaha membantu ibu mereka menjual nasi lemak. Banyak cabaran yang terpaksa dihadapi sebelum perniagaan nasi lemak itu berjaya. Nasi lemak salah satu makanan kegemaran. Apabila membaca buku ini memang menghayati jenis nasi lemak yang disediakan.
Semoga berjumpa lagi.
10. Sepetang di Kafe Biblioholic - Ainunl Muaiyanah Sulaiman
Saya sering tertanya sama ada penulis ini masih menghasilkan novel lain selepas novel ini. Bagi saya penulis berjaya membawa pembaca menghayati keenakan kopi dan teh yang pelbagai perisa. Semoga penulis terus menulis buku seperti ini.
Demikianlah 10 kulit buku yang membuatkan saya berasa lapar. Ada banyak lagi sebenarnya tetapi cukup lah setakat 10. Mungkin lain kali saya akan kongsikan lagi buku - buku lain yang boleh menyebabkan pembaca lapar atau dahaga.
Bagaimana dengan anda? Ada tak kulit buku yang memberikan kesan sebegitu kepada anda? Kongsikan dalam komen. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment