Tuesday 17 March 2020

Buku-buku yang Judulnya Hanya Satu Perkataan

sumber foto:pixabay
Edit:donutandcupcake

Hai.Selamat pagi.Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera pada hari ini.

Semalam saya jalan-jalan ke sebuah blog buku. Dalam blog ini saya terjumpa entri Top Ten Tuesday. Apakah Top Ten Tuesday? Anda boleh baca tentangnya lebih lanjut di sini.

Secara ringkasnya,  TTT ini menyenaraikan 10 perkara berkaitan dengan buku pada setiap hari selasa.

Saya tertarik dengan entri TTTnya yang terkini menyenaraikan 10 buku kegemarannya  yang tajuknya hanya  SATU perkataan sahaja.

Saya pun tertanya-tanya ada tak buku yang saya pernah baca yang tajuknya satu perkataan sahaja. Lantas, saya pun melihat-lihat rak buku saya di goodreads dan jumpalah buku-buku ini.













Nampaknya koleksi buku saya yang tajuknya satu patah perkataan sahaja tak sampai 10. Namun, saya akui semua buku di atas mempunyai jalan cerita yang unik dan menarik kecuali tiga tajuk terakhir itu saya belum baca lagi.

Anda boleh baca review buku tersebut di sini.

1. Coklat oleh Lily Haslina Nasir
2. Gosip oleh Lily Haslina Nasir
3. Split oleh Nurul Ain Syuhada
4. Maia oleh Pasha
5. Pakar oleh Nadia Khan
6. Pujuk oleh Arlina Banana (akan datang)

Bagaimana dengan anda? Ada tak buku yang judulnya satu perkataan dalam koleksi buku anda? Kongsilah dalam komen di bawah.

No comments:

Post a Comment