Sunday 24 November 2013

Cucur Bawang & Kopi O

Google Image
Tajuk     : Cucur Bawang & Kopi O
Penulis  : Hasrudi Jawawi
ISBN     : 9789670184104
Penerbit : Buku Prima 
Tahun    : Ke-7 (2012)
Halaman : 720
Harga      :  RM 25.90 (SM)  RM28.90 (SS)




Hadirnya kau dalam hidupku membawakan sinar baru. Andainya kau tahu kumencintaimu, kupasti dirimu takkan tegar melukaiku.



Saya percaya ramai yang telah membaca novel ini. Malahan cerita ini akan ditayangkan di layar TV. Terima kasih kepada Ms Criz kerana sudi meminjamkan novel ini. Akhirnya dapat baca jugak  setelah sekian lama mengidam nak baca buku ini...

Selain penulis ini, saya mendapati banyak penulis lain yang menggunakan makanan sebagai tajuk novel. Mungkin tajuk sebegini lebih catchy dan sedap. Saya sukakan rupa kulit buku ni, ada cucur bawang dan kopi. Tak ketinggalan si teddy bear yang comel.




Tetapi cucur bawang ni memang diperkenalkan dalam awal bab pertama buku ini. Kisahnya bermula dengan Rudiana seorang gadis tomboy yang dikejar penjual cucur bawang. Rudiana ni tak ada kerja lain, asyik mencuri cucur bawang saja. Dalam percubaan melarikan diri dia telah ditahan oleh si jejaka berbaju merah jambu berjalur biru, kemudian dihantar ke balai polis. 

Ok fast forward cerita,  Rudiana ditawarkan bekerja sebagai orang gaji dengan gaji yang lumayan. Syaratnya dia kena tinggal serumah dengan majikan dan anak-anak tiri majikannya.Agar tidak menimbulkan syak wasangka,Rudiana terpaksa berkahwin kontrak dengan majikannya, Iskandar. Maka bermulalah kisah kehidupan mereka berdua di bawah bumbung yang sama. 

Kisah ini juga tidak lari daripada orang ketiga iaitu Amanina, bekas kekasih Iskandar yang masih menaruh hati kepada Iskandar. Si Rudiana ni pun ada peminatnya juga iaitu  Khairulnizam, kawan baik Iskandar sendiri. 

Bagaimana akhir cerita ini? Sudah semestinya happy ending!
Tahniah kepada penulis kerana menghasilkan novel yang menghiburkan.Penggunaan bahasa yang mudah dan juga kelakar. 

Empat bintang untuk buku ini.

No comments:

Post a Comment