![]() | |
Google Image |
Tajuk : Cucur Bawang & Kopi O
Penulis : Hasrudi Jawawi
ISBN : 9789670184104
Penerbit : Buku Prima
Tahun : Ke-7 (2012)
Halaman : 720
Harga : RM 25.90 (SM) RM28.90 (SS)
Hadirnya kau dalam hidupku membawakan sinar baru. Andainya kau tahu kumencintaimu, kupasti dirimu takkan tegar melukaiku.
Saya percaya ramai yang telah membaca novel ini. Malahan cerita ini akan ditayangkan di layar TV. Terima kasih kepada Ms Criz kerana sudi meminjamkan novel ini. Akhirnya dapat baca jugak setelah sekian lama mengidam nak baca buku ini...
Selain penulis ini, saya mendapati banyak penulis lain yang menggunakan makanan sebagai tajuk novel. Mungkin tajuk sebegini lebih catchy dan sedap. Saya sukakan rupa kulit buku ni, ada cucur bawang dan kopi. Tak ketinggalan si teddy bear yang comel.