Tuesday 21 March 2017

Review: Komik Jejon di Jepun

Pengembaraan ke Jepun oleh seorang awek 
yang tak pernah duduk luar Malaysia.

Tajuk: Jejon di Jepun
Penulis: Jonsuraya 
ISBN: 9789671296851
Penerbit: Maple Comics!
Tahun: Januari 2016
Halaman:104
Harga: RM 20.00

Selama 29 tahun hidup, Jejon tidak pernah buat sesuatu yang mencabar di dalam hidupnya. Dia dah terbiasa dengan kehidupan dan aktiviti biasanya di Malaysia. Apa akan terjadi apabila dia ditawarkan belajar ke luar negara dan akan meninggalkan Malaysia? Sama-sama kita ikuti kisah huru-haranya dan cara-cara dia meneruskan kehidupan barunya di Kyoto, Jepun! (sumber: goodreads)
Beberapa minggu yang lalu saya telah berkongsi tentang buku PhD Mama yang mengisahkan pengalaman seorang ibu melanjutkan pelajaran di luar negara. Kali ini kisah yang hampir serupa iaitu seorang wanita bernama Jejon yang melanjutkan pelajarannya di Kyoto, Jepun. Bezanya, kisah Jejon di Jepun disampaikan secara santai dalam bentuk komik.
Komik ini memaparkan beberapa tips berguna kepada sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Saya kagum dengan Jejon yang berani merantau seorang diri di negara asing. Mujurlah ada si Ben yang wajahnya kelihatan mirip Salman Khan. Sekurang-kurangnya Jejon tidak keseorangan di sana. 
Grafik komik ini dilukis dengan comel dan kemas serta padat dengan kisah menarik tentang kehidupan Jejon di Jepun. Penulis bijak bercerita dengan menerapkan unsur kelakar. Rasa tidak puas membaca komik setebal 104 halaman ini. 
Harapan saya sambungan komik ini akan dibuat lebih panjang dan lebih banyak budaya masyarakat Jepun akan dipaparkan. Untuk komik ini saya berikan  ☆☆☆☆.

Edit: Ikuti kisah Jejon di Jepun 2 di sini.

No comments:

Post a Comment