Tuesday 12 December 2017

REVIEW ONCE UPON A MIAO 2

Tajuk: Once Upon A Miao 2
Penulis : Goh Kheng Swee
Penerbit:  Goh Kheng Swee
ISBN: 9789671346518
Tahun: 2017
Halaman: 185
♡♡♡♡♡
Novel grafik buah  tangan anak kelahiran Sarawak, Jian Goh bertajuk Once Upon A Miao 2 saya beli di kedai buku Popular untuk puteri saya. Puteri saya sekarang cenderung membaca komik dan memandangkan watak utama dijelmakan dalam bentuk kucing menyebabkan dia meminta saya untuk membelinya. 

First impression saya ialah buku kulit luarnya yang comel dan menarik perhatian. Lukisannya kemas dan warnanya menarik. Saat saya membuka buka ini , wahh, semuanya berwarna dan kualiti kertas yang digunakan amat bagus. Memang berbaloi untuk dibeli sama ada untuk diri sendiri atau sebagai hadiah. 

Pada pandangan saya, Jian Goh seorang pencerita yang baik. Beliau menceritakan pengalamannya semasa kecil dan remaja dengan jelas. Sebelum terlupa, watak utama ialah Miao seekor kucing oren yang comel. Dia mempunyai dua orang kakak yang sangat mengambil berat tentangnya. Hal ini dapat dilihat dalam kisah Charity Fair yang mana kedua-dua kakaknya memasak mihun goreng untuk Miao jual semasa pesta jualan di sekolahnya. 
Selain itu, Miao turut menceritakan kisah ayahnya yang digambarkan sebagai seorang yang amat berjimat cermat. Dalam Stingy Papamiao, Papamiao telah menggunakan tombol laci menggantikan tombol pintu kereta yang rosak.
Penulis turut mengimbas kembali kenangan zaman persekolahan beliau dengan rakan-rakannya seperti Mus, Lingling, Rippy dan lain-lain. Cuma, saya masih tertanya-tanya siapakah kawan halimunan Weefu tu? 
Selain itu, penulis turut memperkenalkan makanan popular tempatan seperti Laksa Sarawak dan Kampua Mi yang turut disertakan gambar sebenar makanan tersebut. 
Satu kisah dongeng tempatan Sarawak iaitu Telichai & Telichu turut dimuatkan dalam buku ini. Tahniah kepada penulis kerana berjaya memaparkan budaya tempatan Sarawak dalam karyanya. 
Saya berharap agar Jian Goh akan terus menghasilkan karya  yang bermutu dan lebih maju pada masa hadapan. 
Saya berikan ☆☆☆☆

No comments:

Post a Comment