Friday 8 December 2017

TO BE READ : NOVEMBER & DECEMBER

☃☃☃☃☃

Pada bulan November yang lalu saya telah membeli beberapa naskhah buku untuk dibaca sepanjang bulan November dan Disember. Biasanya saya hanya berpeluang ke kedai buku pada masa cuti hujung tahun sahaja. 
Dua naskhah buku yang sempat dibeli di kedai buku Popular:
1. Let It Snow
Saya tertarik untuk membeli  buku Let It Snow ini kerana nama John Green. Saya sering melihat namanya dalam review-review novel. Antara novelnya yang terkenal ialah The Fault in Our Stars.Walau bagaimanapun, saya lebih berminat untuk mencuba cerita pendeknya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membaca novelnya yang lain. Buku ini terdiri daripada tiga buah kisah Krismas yang ditulis oleh John Green, Maureen Johnson, Lauren Myracle. 



2. Budak Meja Belakang 
Sepintas lalu, saya ingatkan buku ini bertajuk Budak Kelas Belakang. Rupa-rupanya saya tersilap baca. Saya tertarik untuk membeli buku ini setelah membaca sinopsis di belakang buku. Saya belum pernah membaca hasil karya Shah Ibrahim. Oleh itu saya cuba buku ini dulu. 
☃☃☃☃☃
Tiga naskhah lagi saya beli secara dalam talian di bookcafe.com.my semasa jualan cybersale yang lalu:
1. UK, Aku Mai.
Saya telah membaca buku tulisan Shahkang sebelum ini iaitu Kucing Kucing Hota Hai. Oleh itu, saya berminat untuk membaca  pengalaman Shahkang semasa belajar di Manchester pula. 
2. Mala Fide 
Buku hasil karya Mohamed Hanipa Maidin. Mengisahkan seorang peguam muda yang membela seorang ahli politik. Jalan cerita yang lain daripada biasa membuatkan saya teruja untuk mendapatkan buku ini.
3. Travellis Jepun 
Tatkala melayari internet, selalu melihat promosi ke Jepun oleh  syarikat penerbangan tempatan. Saya mengambil keputusan untuk mendapatkan buku ini bagi mengetahui apa yang menarik  di Jepun khasnya Tokyo. Kulit buku tulisan Suraya Ali ini kelihatan simple sahaja berwarna putih dan dihiasi bunga sakura. 
☃☃☃☃☃

No comments:

Post a Comment