Sunday 22 October 2017

[Review Buku] Kumpulan Cerpen Bertemu Cinderella

Tajuk: Kumpulan Cerpen Bertemu Cinderella
Penulis : Wan Asyeah Wan Nawang
Penerbit: ITBM
ISBN: 9789674603762
Tahun:2016
Halaman: xii+150
Harga: RM25.00 (SM)/RM30.00(SS)


๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’Sinopsis kulit belakang๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

"Kamu marah Nini ke?"
"Budak tu lurus bendul. Apa yang dia nak, semuanya kami tunaikan.
Cuma satu saja yang tak dapat kami laksanakan."
"Apa?"
"Dia nak kasut cinderella."

Kumpulan Cerpen: Bertemu Cinderella memuatkan 13 buah cerpen pelbagai kisah yang diilhamkan daripada imaginasi dan olahan dunia realiti penulisnya. Tidak ada kenangan yang mampu dirakam sebaik tulisan. Oleh hal yang demikian, penulis mengambil usaha merakam setiap peristiwa yang berlaku di sekelilingnya, mahupun yang dialaminya sendiri, dalam bentuk cerpen. Tidak lain tidak bukan, semata-mata mahu menyimpan segala peristiwa itu untuk tatapan anak cucu dan generasi penerus bangsa. Yang baik jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan.
[sumber: Goodreads]
๐Ÿ’ฎ๐Ÿ’ฎ๐Ÿ’ฎ๐Ÿ’ฎ๐Ÿ’ฎ๐Ÿ’ฎ
Kumpulan Cerpen Bertemu Cinderella ini ialah naskhah yang dibeli di reruai ITBM selain Kumpulan Cerpen Minum Kopi di Boigeet House semasa 
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada bulan Mei lalu. 
Memang sasaran pertama saya ke PBAKL itu ialah untuk 
mendapatkan beberapa buah buku dari ITBM. 

Saya tertarik untuk membeli naskhah ini kerana saya memang mencari buku antologi cerpen. Sudah puas membaca novel, rasa hendak bertukar angin pula. Kedua, saya terpikat dengan kulit muka depan buku ini. Kulit muka depannya nampak comel sesuai dengan tajuk buku ini. Font untuk perkataan Cinderella itu sendiri berjaya menangkap pandangan dalam banyak buku-buku yang dijual.

Puas membelek-belek depan belakang buku ini, saya mengambil 
keputusan untuk membelinya.

Berbulan-bulan terperam, barulah saya berkesempatan membacanya. Itulah, rasanya saya mengalami reading slump. Nak membaca buku pun seolah-olah tidak ada selera. Tetapi masih juga membeli buku dengan harapan hati saya akan berbunga kembali untuk membaca buku [novel]. Sebab itulah saya banyak membaca kumpulan cerpen dan komik sahaja kebelakangan ini. Eh! dah melalut pulak. 

Membaca kumpulan cerpen ini mengimbau kembali kenangan semasa sekolah menengah. Saya masih ingat lagi dalam subjek sastera, ada satu antologi cerpen [tak ingat judulnya] yang menjadi teks bacaan. 

Dalam prakata penulis menceritakan serba sedikit tentang latar belakang 
setiap cerpen yang terdapat dalam naskhah ini dari aspek sumber inspirasi beliau dan mesej yang ingin disampaikan. 

Berikut saya kongsikan beberapa sinopsis cerpen yang terdapat dalam Kumpulan Cerpen Bertemu Cinderella ini:

๐Ÿ‘ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ‘ 
1. Bertemu Cinderella
Cerpen yang menjadi tajuk naskhah ini mengisahkan seorang anak kecil bernama Nini yang hilang dari rumah. Nini mempunyai satu keinginan yang tidak dapat dipenuhi ibu bapanya iaitu sepasang kasut cinderella. Seminggu kehilangan Nini, rupa-rupanya dia berada di alam lain. Nini telah dibawa berjumpa dengan Cinderella di istananya. Setelah Nini ditemui, ibunya Jenab mendapati Nini bercakap seorang diri. Risau dengan keadaan Nini menyebabkan ibu bapanya membawa Nini ke hospital. Apakah kesudahan cerita ini? 

๐Ÿ‘ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ‘ 
2. Bukan Milikmu
Mengisahkan dua sahabat iaitu Jock Kam dan Gok Guat yang hidup bersama dalam meniti usia senja. Gok Guat yang tidak pernah putus asa mencari anaknya yang telah diberikan oleh Jock Kam kepada keluarga Mek Mas berpuluh tahun yang lalu, Sehingga ke saat itu, Jock Kam tidak pernah memaafkan dirinya sendiri kerana perbuatannya iru. Adakah 
Gok Guat berjaya menemui anaknya semula? Kenalah baca sendiri cerpen ini.

๐Ÿ‘ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ‘ 
3. Cak Ciok 
Terdapat sekeluarga burung cak ciok yang tinggal di atap rumah Rahim. Pasangan burung cak ciok itu selalu memerhatikan aktiviti keluarga Rahim. Rahim dan isterinya dikurniakan sepasang cahaya mata yang masih kecil. Satu insiden menyebabkan pasangan burung 
cak ciok bersabung nyawa menyelamatkan anak-anak Rahim. Adakah pasangan cak ciok berjaya atau pun usaha mereka hanya sia-sia?

Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan kumpulan cerpen ini.  Penulis bukan hanya menggunakan watak manusia tetapi juga haiwan dalam menyampaikan mesej dan buah fikirannya. Cerita yang menerapkan nilai-nilai kemanusiaan yang menginsafkan , memberikan kesyukuran, dan pentingnya menjaga amanah yang diberikan. 
Satu kekurangan buku ini ialah rasa tidak puas membacanya kerana ada 13 cerpen sahaja. Mungkin jumlah 15 cerpen dalam satu naskhah lebih baik. ๐Ÿ˜Š
Buku ini saya berikan ✩✩✩ 1/2

No comments:

Post a Comment