Showing posts with label PBAKL17. Show all posts
Showing posts with label PBAKL17. Show all posts

Sunday, 17 December 2017

Book Haul Pesta Buku Antarabangsa KL 2017


Pada 14 Disember yang lalu berlangsungnya 
pelancaran Majlis Pelancaran Jualan Gerai Pesta Buku 2018 di PWTC.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 
akan diadakan di PWTC pada 27 April-06 Mei 2018. Kalau diizinkan, saya ingin ke sana lagi. Di atas ialah antara buku-buku yang sempat dibeli semasa ke PBAKL17  yang lalu. Malangnya, sehingga kini masih banyak yang belum sempat dibaca dek kerana kekangan masa dan godaan gajet elektronik, Mungkin pada tahun akan datang , saya perlu tetapkan target bilangan buku yang perlu dibaca. ๐Ÿ•ฎ

Sunday, 22 October 2017

[Review Buku] Kumpulan Cerpen Bertemu Cinderella

Tajuk: Kumpulan Cerpen Bertemu Cinderella
Penulis : Wan Asyeah Wan Nawang
Penerbit: ITBM
ISBN: 9789674603762
Tahun:2016
Halaman: xii+150
Harga: RM25.00 (SM)/RM30.00(SS)


๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’Sinopsis kulit belakang๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

"Kamu marah Nini ke?"
"Budak tu lurus bendul. Apa yang dia nak, semuanya kami tunaikan.
Cuma satu saja yang tak dapat kami laksanakan."
"Apa?"
"Dia nak kasut cinderella."

Kumpulan Cerpen: Bertemu Cinderella memuatkan 13 buah cerpen pelbagai kisah yang diilhamkan daripada imaginasi dan olahan dunia realiti penulisnya. Tidak ada kenangan yang mampu dirakam sebaik tulisan. Oleh hal yang demikian, penulis mengambil usaha merakam setiap peristiwa yang berlaku di sekelilingnya, mahupun yang dialaminya sendiri, dalam bentuk cerpen. Tidak lain tidak bukan, semata-mata mahu menyimpan segala peristiwa itu untuk tatapan anak cucu dan generasi penerus bangsa. Yang baik jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan.
[sumber: Goodreads]

Saturday, 30 September 2017

Review Buku Kucing Kucing Hota Hai


Tajuk: Kucing Kucing Hota Hai 
Penulis : Shahkang
Penerbit: Kata Pilar Books
ISBN: 9789672014140
Tahun:  April 2017
Halaman: 201

Dari belakang buku:
Pernahkah anda terfikir, bagaimana jika seorang manusia boleh memahami bahasa kucing? Itulah kelebihan Danial Aqasha, seorang pensyarah bujang yang baru sahaja putus tunang.