Tuesday 12 June 2018

Kisah "mind reader" dalam Jika Aku (Anna Lee)


~HANYA KEBENARAN JALAN KELUARNYA~
Tajuk: Jika Aku
Penulis : Anna Lee
Penerbit: Prolog
ISBN:9789671321195
Tahun: Mei 2017
Halaman: 341
Harga : RM25.00 (SM)/RM28.00 (SS)


✿✿✿✿✿✿✿
“Jika Aku mind reader, adakah ia satu keistimewaan atau ketulahan?”

Teja, gadis mind reader yang terpaksa memencilkan diri kerana kelebihan itu membuatkan dia takut hendak mendengar setiap pemikiran orang lain yang ada saja menyakitkan hati.

Sehinggalah hatinya terpikat pada seorang jejaka. Jejaka yang penuh misteri dan sering menimbulkan tanda tanya. Tetapi, demi untuk tidak mengecewakan diri sendiri, cukup dia meminati lelaki itu dari jauh.

Namun, lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Demi menghalang sebuah jenayah berlaku, Teja terpaksa mendekati lelaki itu. Sudahnya, kehidupan Teja yang menjadi huru-hara. Semakin dia mengenali lelaki itu, dia semakin keliru.

Ada rahsia disembunyikan. Ada rahsia perlu dirungkaikan.

Antara realiti dan ilusi, yang manakah kebenarannya? Yang pasti, dia perlu cari kebenaran itu.

Kerana... Hanya kebenaran jalan keluarnya.
.
.
.
"Eleh, macamlah dia tu lawa sangat. Sempat aku menjeling ke sebelah. Emm...okey, dia memang lawa. Tapi... lawa kan subjektif. Mungkin bagi aku minah sebelah lebih lawa, tapi bagi si dia, aku lebih lawa... hee... okey, cukup Teja! Cukup. Aku geleng kepala. Kembali menatap skrin telefon bimbit."[sumber: goodreads]
✿✿✿✿✿✿✿

  • Apakah perasaan anda jika anda boleh membaca fikiran orang? Gembira atau derita?
  • Itulah anugerah yang ada pada Teja Citra, seorang gadis yang bekerja di sebuah kedai buku bernama Preloved Books. 
  • Dia mengambil keputusan untuk menyendiri kerana takut untuk mendengar isi hati manusia lain yang kadang kala menyakitkan hati. 
  • Saban hari, Teja menggunakan KTM untuk pergi ke tempat kerjanya.
  • Di situlah dia terlihat jejaka penuh misteri bernama Maliq. Dia ingin mengenali jejaka itu lebih dekat lagi. 
  • Tanpa diduga, dia telah membaca fikiran Maliq yang dalam perancangan hendak menghapuskan Alisa. 
  • Siapakah Alisa? (Pada awalnya, saya bersangka baik mungkin Alisa ialah nama kucing Maliq)
  • Pelbagai usaha dilakukan Teja untuk menghalang rancangan Maliq. Dia sanggup untuk membeli teropong untuk mengintip pergerakan Maliq. Malahan dia sanggup untuk menyewa di kawasan kediaman Maliq. 
  • Siapakah wanita yang tahu tentang rahsia Teja seorang "mind reader"? 
  • Siapa pula orang yang dikatakan selalu mengekori Maliq sehingga beliau melarikan diri dari rumahnya? (Dia kata Along)
  • Anehnya, Teja sudah tidak dapat membaca fikiran Maliq setelah mereka berdua semakin akrab.
  • Pada pandangan saya, bahagian 1 ni memang  sangat menyeronokkan. Kadang-kadang tersenyum sendiri membaca gelagat Teja dan Maliq. Tetapi apabila tiba pada Bahagian 2 buku ini ....
Bahagian 2:Jika Aku 
  • Teja memulakan hidup baru setelah insiden ditahan di lapangan terbang.
  • Dia menerima hakikat bahawa dia bukan lagi seorang "mind reader".  
  • Beberapa bulan kemudian, dia bekerja di sebuah syarikat dan dia bertemu dengan Aidan.
  • Kenapa wajah Aidan sama seperti Maliq? Jika Aidan ialah Maliq, kenapa Maliq tidak mengenalinya?
  • Muncul watak Duta yang menimbulkan tanda tanya kepada Teja. Dia seolah-olah pernah melihat lelaki itu sebelum ini. 
  • Kenapa pula Teja diculik? Dan siapakah penculiknya? 
  • Sedihnya membayangkan kehidupan Teja. Semua masa lalunya telah hilang. Apa yang dia percaya tentang dirinya sebelum ini hanya pembohongan semata-mata termasuklah tentang dirinya seorang "mind reader". 
Bahagian 3: Sebuah Kebenaran
  • Teja cuba mencari kebenaran tentang apa sebenarnya yang berlaku. 
  • Dia sanggup ke sebuah pulau untuk bertemu dengan seseorang yang boleh memberikan jawapan tentang persoalan yang ada dalam fikirannya. 
Jika Aku merupakan karya Anna Lee yang pertama yang saya baca. Saya berasa sangat bertuah kerana buku pertamanya yang saya baca memberikan kesan yang bermakna kepada diri saya. Saya berasa tidak sabar untuk mendapatkan karya-karya beliau yang lainnya selepas ini. Tahniah diucapkan kepada penulis yang berjaya menulis karya lain daripada yang lain. Semoga penulis akan terus menghasilkan novel-novel yang bermutu selepas ini. Untuk penulis, anda telah menambah seorang lagi peminat. 
Buku ini saya berikan ⭐⭐⭐⭐1/2.

P/s:  Saya berharap akan ada sequel Jika Aku 2 bakal menyusul suatu hari nanti. 



No comments:

Post a Comment