Thursday 14 June 2018

Lima Perkara Menarik tentang Camino Island (John Grisham)





Tajuk: Camino Island
Penulis : John Grisham
Penerbit: Hodder 
ISBN:9781473663756
Tahun:2018 (Edisi paperback)
Halaman: 312

"someone is about to make a killing"
 ☙☙☙☙☙☙☙☙☙❧❧❧❧❧❧❧❧

A gang of thieves stage a daring heist from a secure vault deep below Princeton University’s Firestone Library. Their loot is priceless, but Princeton has insured it for twenty-five million dollars.

Bruce Cable owns a popular bookstore in the sleepy resort town of Santa Rosa on Camino Island in Florida. He makes his real money, though, as a prominent dealer in rare books. Very few people know that he occasionally dabbles in the black market of stolen books and manuscripts.

Mercer Mann is a young novelist with a severe case of writer’s block who has recently been laid off from her teaching position. She is approached by an elegant, mysterious woman working for an even more mysterious company. A generous offer of money convinces Mercer to go undercover and infiltrate Bruce Cable’s circle of literary friends, ideally getting close enough to him to learn his secrets.


But eventually Mercer learns far too much, and there’s trouble in paradise as only John Grisham can deliver it. [sumber: goodreads]
☙☙☙☙☙☙☙☙☙❧❧❧❧❧❧❧❧
Nama John Grisham sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat kisah thriller perundangan. Terdapat sembilan buah novelnya telah diangkat ke bentuk filem setakat ini. Antaranya yang terkenal ialah The Pelican Brief, The Firm dan The Runaway Jury. 

Kebanyakan bukunya ditulis berkisar tentang dunia perundangan tetapi Camino Island membawa latar yang berbeza. Kali ini para pembaca dibawa ke dunia buku  dan penerbitan pula. 
sumber imej: di sini

Lima perkara menarik tentang buku ini: 
  1. Sekumpulan perompak yang melakukan rompakan lima manuskrip novel Scott Fitzgerald yang tiada salinan penduanya di dunia.Perancangan teliti kumpulan ini tentang rompakan iaitu sebelum, semasa dan selepas rompakan amat mengkagumkan.[Alangkah bagusnya kalau perancangan teliti sebegini dibuat untuk tujuan kebaikan]
  2. Kehidupan Bruce Cable, seorang pemilik kedai buku di Camino Island. Rutin hidup hariannya dari awal pagi hingga ke malam menunjukkan dia benar-benar komited dengan kerjanya. 
  3. Penulis membawa pembaca ke dunia penerbitan yang mungkin kurang didedahkan di Malaysia iaitu urus niaga "rare books" terutamanya buku edisi pertama dan bagaimana rumitnya penjagaan buku-buku tersebut. 
  4. Latar tempat cerita ini di sebuah pulau menarik perhatian saya.[Teringat pula kampung buku di Langkawi, apa khabar agaknya?Penerangan menarik tentang pulau itu seolah-olah pembaca turut berada di situ dan menikmati keindahan musim panas.
  5. Antara aktiviti menarik yang dilakukan oleh Bruce Cable selaku pemilik kedai buku untuk melariskan jualan buku-bukunya adalah menjemput penulis-penulis untuk membuat promosi bagi buku terbaru mereka. Lucunya apabila kurang pengunjung yang datang untuk menghadiri sesi promosi, Cable pasti boleh mengharapkan komuniti kecil penulis di pulau tersebut untuk memeriahkannya.
Namun ada juga perkara-perkara yang agak menghampakan tentang buku ini:
  1. Watak Mercer, seorang penulis yang sedang kekeringan idea untuk menulis. Beliau diupah untuk mengorek rahsia Cable berkaitan dengan rompakan manuskrip itu. Bagi saya wataknya biasa-biasa sahaja.
  2. Saya mengharapkan lebih banyak aksi-aksi thriller dalam buku ini. Tetapi, sayangnya aksi-aksi mendebarkan hanya pada awal cerita sahaja iaitu semasa kejadian rompakan berlaku.
Kesimpulannya, jika anda inginkan bacaan yang ringan dan ingin tahu sisi lain dalam dunia penerbitan buku, anda boleh cuba untuk membaca buku ini. 
Buku ini saya berikan ☆☆☆☆.

Favourite quotes:

"There should be a rule in publishing that debut novels are limited to three hundred pages, don't you think?"[Hal. 252]

"..I'll give any books a hundred pages, and if by then the writer can't hold my attention I'll put it away."[Hal. 253]

No comments:

Post a Comment