Wednesday 20 June 2018

Legasi Agatha Christie dalam Closed Casket : Review Buku.

sumber imej: klik di sini 
Tajuk : Closed Casket
Penulis : Sophie Hannah
Penerbit: Harper
ISBN:9780008134136
Tahun:2017 (Edisi paperback)
Halaman: 390
Harga: RM26.90 (Harga promosi di Popular)
✿✿✿✿✿✿✿
"What I intend to say to you will come as a shock..."

With these words, Lady Athelinda Playford -- one of the world's most beloved children's authors -- springs a surprise on the lawyer entrusted with her will. As guests arrive for a party at her Irish mansion, Lady Playford has decided to cut off her two children without a penny . . . and leave her vast fortune to someone else: an invalid who has only weeks to live.

Among Lady Playford's visitors are two strangers: the famous Belgian detective Hercule Poirot, and Inspector Edward Catchpool of Scotland Yard. Neither knows why he has been invited -- until Poirot begins to wonder if Lady Playford expects a murder. But why does she seem so determined to provoke a killer? And why -- when the crime is committed despite Poirot's best efforts to stop it -- does the identity of the victim make no sense at all? [sumber: goodreads]
☙☙☙☙☙☙☙☙✿✿✿✿✿✿✿☙☙☙❦❦❦❦❦❦❦❦❦❦❦❦❦❦❧❧❧❧❧❧❧❧❧❧❧
Sophie Hannah penulis kisah thriller misteri  masa kini yang diberi kepercayaan untuk meneruskan legasi Agatha Christie menulis kisah misteri Hercule Poirot. Buku ini merupakan karya kedua Sophie Hannah untuk kisah Hercule Poirot. Buku pertamanya bertajuk The Monogram Murders yang saya belum berkesempatan untuk mendapatkannya. 

Kali ini Hercule Porot telah dijemput bersama Inspektor Edward Catchpool [watak baharu] telah dijemput ke parti Lady Athelinda Playford. Turut hadir ke parti tersebut ialah dua orang anak Lady Playford bersama pasangan masing -masing , dua orang peguam, seorang setiausaha dan seorang jururawat. Poirot dan Catchpool tertanya-tanya tujuan mereka berdua dijemput ke parti tersebut. Sehinggalah mereka dikejutkan dengan pengumuman oleh Lady Playford tentang pertukaran wasiatnya. Pengumumannya itu menimbulkan ketegangan antara Lady Playford dengan dua orang anaknya. Sejak itu, Poirot dan Catchpool mengambil langkah berjaga-jaga kerana khuatir akan keselamatan Lady Playford.

Namun, kemuncak cerita ialah apabila setiausaha Lady Playford, Joseph Scotcher, yang didapati mati dibunuh dalam keadaan mengerikan. Maka bermulalah penyiasatan  kes pembunuhan. Apakah motif pembunuhan Joseph Scotcher? Semua tetamu dan isi rumah Lady Playford kecuali Poirot dan Inspektor Catchpool menjadi suspek pembunuhan. 

Di akhir cerita, kita didedahkan dengan motif pembunuhan dan juga siapa pembunuh sebenarnya. Sepanjang saya membaca karya Agatha Christie, rasanya ini kali ketiga watak yang terlibat dalam bidang profesion sebegini menjadi pembunuh. Cuma, saya tidak sangka pembunuh tersebut sanggup melakukan pembunuhan atas motif yang di luar dugaan. 

Kesimpulannya, saya masih suka dengan buku ini walaupun saya kurang suka dengan motif pembunuhan tersebut. Rasa agak janggal juga membaca siri ini tanpa rakan setia Poirot iaitu Captain Hastings di sisinya. Selain itu, sikap Poirot dalam buku ini kelihatnya seperti agak "merendah diri". Rasanya pembaca tegar siri ini pasti faham maksud saya ni. Saya rindukan Poirot yang amat menjaga penampilan diri dan kerap kali memuji secara tidak langsung "little gray cells" nya.

Saya rasakan akan ada lagi siri Hercule Poirot ini daripada Sophie Hannah pada masa akan datang. Saya sudah pasti tidak akan teragak-agak untuk mendapatkannya nanti. 
Buku ini saya berikan ✩✩✩✩

No comments:

Post a Comment