Monday 23 December 2019

Review Buku: Letters from Lighthouse Cottage



Blurb buku:
The sun is shining in the quiet little seaside town of Sandybridge
Sandybridge is the perfect English seaside town: home to gift shops, tea rooms and a fabulous fish and chip shop. And it's home to Grace - although right now, she's not too happy about it.
Grace grew up in Sandybridge, helping her parents sort junk from vintage treasures, but she always longed to escape to a bigger world. And she made it, travelling the world for her job, falling in love and starting a family. So why is she back in the tiny seaside town she'd long left behind, hanging out with Charlie, the boy who became her best friend when they were teenagers?
It turns out that travelling the world may not have been exactly what Grace needed to do. Perhaps everything she wanted has always been at home - after all, they do say that's where the heart is...(Sumber:goodreads)

Review:
Kisah perjalanan hidup Grace diceritakan dalam 4 bahagian. Pembaca tidak akan keliru kerana pembahagian tahun-tahun tersebut dinyatakan dengan jelas.

Kisah Grace bermula pada usianya 15 tahun yang merupakan anak tunggal dan menetap di Sandybridge.Ibu bapanya memiliki sebuah kedai menjual barangan antik. Grace turut membantu di kedai tersebut walaupun dia kurang berminat dengan perniagaan orang tuanya.

Kehidupannya berubah apabila dia menerima nasihat dari satu sumber bernama Remi. Dia berkenalan dengan Charlie yang menjadi teman baiknya dan Danny yang menjadi teman lelakinya. 

Semenjak dia remaja Grace sentiasa mengimpikan untuk keluar dari Sandybridge dan melihat dunia luar. Charlie pula berbeza pandangannya. Dia lebih suka menetap di Sandybridge dari meneroka dunia luar. 

Takdir memisahkan Grace,Danny dan Charlie dan takdir juga menemukan mereka semula di Sandybridge. Atas sebab-sebab tertentu Grace terpaksa kembali ke Sandybridge dan menyiapkan projek untuk Sandybridge Hall.

Sepanjang 30 tahun itu Grace menerima nasihat daripada Remi. Walau bagaimanapun, satu peristiwa menyebabkan Grace tidak mendapatkan nasihat Remi selama 6 tahun lamanya.

Saya suka dengan novel ini kerana:
1. Memori tahun 80an dekat di hati. Penulis menceritakan tentang minyak wangi Poison yang memang popular pada masa itu. Tidak lupa juga tentang wangian Impulse dan syampu rambut Timotei. Nostalgia betul.

2. Unsur humor yang memang tidak pernah tiada dalam penulisan Ali McNamara. Memang asyik tersengih sendiri apabila membacanya. Contohnya Charlie yang terpaksa mereka cerita kononnya Grace pelajar pertukaran dari Rusia untuk mendapatkan diskaun membeli baju untuk Grace.

3. Penulis yang kreatif menggunakan objek biasa sebagai magik dalam cerita yang biasa. Penulis bijak mengolah jalan cerita agar pembaca terus tertarik untuk meneruskan bacaan. Saya teringat dengan penulis Cecelia Ahern yang juga sering menulis sesuatu yang magis dalam karyanya.

Kontra:
1. Kenapalah mereka ambil masa 30 tahun untuk menemukan bahagia. Sekali lagi saya teringatkan karya Cecelia Ahern iaitu Where Rainbow Ends.

2. Buku ini sepatutnya dapat lima bintang tetapi saya sedih sebab ada sahaja watak  makhluk yang dikasihi yang meninggal dunia. I hate sad story.😢

Itu sahaja review saya untuk buku ini. Sesuai dibaca untuk merehatkan minda. Ada dua lagi buku Ali McNamara yang perlu dibaca. Tadi sempat menjenguk blog penulis ini dan nampaknya akan ada buku baharu dikeluarkan pada July 2020. Cover buku baharu itu nampak cantik sangat. Sama  menarik seperti cover buku ini. Memang trademark Ali McNamara menggunakan warna lembut.

Buku ini saya pesan dari Book Depository dan harganya agak berpatutan. Tapi tempoh masa penghantaran adalah dalam 20 hari ke atas. 


Tajuk : Letters from Lighthouse Cottage
Penulis : Ali McNamara
ISBN:9780751558630
Penerbit:Little, Brown Book Group
Tahun:2016
Halaman:374
Harga: Rm25.99 (Book Depository)
Bintang:⭐⭐⭐⭐


No comments:

Post a Comment