Saturday 15 August 2020

Komik La Flora Kelilingi Dunia- Sepanyol



Tajuk : Komik Bersiri La Flora Lawatan Kelilingi Dunia (Sepanyol)
Penterjemah :  Peng Jeck Mor 
Penerbit: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd
Tahun: 2018
Harga : RM12.00(SM)/ RM13.00 (SS)
Belian semasa PBAKL 2020 online  x Shopee 

Helo semua. 

Hari ini saya akan kongsikan satu lagi komik terbitan Pelangi.
Kali ini Siri La Flora Kelilingi Dunia membawa kita ke Sepanyol. 

Memandangkan sekarang kita masih lagi PKPP yang membataskan pergerakan ke luar negara, apa kata kita mengembara melalui bacaan komik sahaja. Mungkin suatu hari nanti kita dapat berkunjung ke sana pula.


Siri ke Sepanyol kali ini memperkenalkan Esmeranda sebagai watak utama.
Saingan utamanya ialah Nasissa. Oleh itu, dia bertungkus-lumus untuk menyempurnakan tugasannya tentang kehebatan negara Sepanyol.

Banyak kisah lucu terjadi semasa Esmeranda menyiapkan tugasan ini. Dia dibantu oleh Pedro yang menjadi cef pelatih di bawah ayah Esmeranda.Kehadiran Pedro menggamatkan lagi misi Esmeranda menyiapkan tugasannya.

Seperti biasa saya memilih tiga kehebatan yang ada di Sepanyol berdasarkan komik ini.

1. Basque Pelota


Saya tidak pernah tahu wujudnya permainan bernama Basque Pelota.Sukan ini memerlukan pemainnya membaling bola menggunakan tangan atau raket khas.Rupa bentuk raket itu sangat unik.

2. Koma-koma


Koma-koma merupakan sejenis rempah dan harganya mahal.Negara Sepanyol merupakan pengeluar utama koma-koma.
P/s: Nama lain bagi koma-koma ialah Saffron.

3. Penulis blog paling tua


Sepanyol memiliki seorang penulis blog tertua bernama Maria.Blog itu dibuka oleh cucunya sempena hari jadi Maria yang ke-95. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2009.

Demikianlah sedikit sebanyak tentang siri La Flora kali ini. Komik ini memang menarik dan menyampaikan maklumat dengan cara menghiburkan. Sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak dan sesiapa yang sukakan komik bermaklumat.

Selamat membaca.
Adios.

No comments:

Post a Comment