Sunday 11 June 2017

Komik La Flora Kelilingi Dunia: China

Sumber: klik di sini

"Menambahkan ilmu pengetahuan ialah hiburan terbaik."

Tajuk : Komik Bersiri La Flora Lawatan Kelilingi Dunia
Penterjemah :  Peng Jeck Mor 
Penerbit: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd
Tahun: 2014
Harga : RM10.90 (SM)/ RM11.50 (SS)


Satu lagi tajuk dalam siri La FLora Lawatan Kelilingi Dunia. Kali ini kita disajikan dengan 50 kehebatan negara China. Yang Mei Hua , seorang pelajar  dari negara China bersikap adil, lurus dan mahir berkungfu. Dia ialah penuntut tahun pertama di Akademi La Flora. Sama seperti rakannya yang lain, dia perlu membuat tugasan berkaitan kehebatan negaranya.

Dalam menyiapkan tugasannya itu, Yang Mei Hua asyik diganggu oleh musuhnya, Zhang Yan Long. Pelbagai kisah lucu dan menarik sepanjang misi Yang Mei Hua menyiapkan tugasannya. 

Antara kehebatan negara China yang dipaparkan dalam komik ini ialah makanan segera ala China iaitu Dim Sum, Raja Bunga iaitu Peony, Beruang Panda dan Stadium Negara Sarang Burung.

Komik Bersiri La Flora Lawatan Kelilingi Dunia ini ada 10 tajuk kesemuanya. Ada dua lagi yang tiada dalam koleksi saya iaitu Jepun dan Mesir. Untuk tajuk-tajuk lain dalam siri ini, anda semua boleh baca di sini. Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment