Sunday 24 September 2017

Pesta Buku Borneo 2017 di Kuching

sumber imej : di sini
Helo semua. 
Saya sangat teruja apabila mendapat tahu Pesta Buku Borneo 2017 akan diadakan di Kuching pada tahun ini. Dua tahun sebelumnya, Pesta Buku Borneo telah diadakan di Sabah. 
Pesta Buku Borneo 2017 dianjurkan oleh UNIMAS. 
Sebelas buah universiti tempatan, penerbit swasta dan rakan penganjur pesta akan mengadakan pameran dan jualan buku. 
Selain itu, banyak aktiviti menarik yang bakal diadakan sepanjang pesta tersebut. Antaranya pertandingan nyanyian, tarian, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, persembahan bermukun dan lain-lain lagi.
Jumpa di Pesta Buku Borneo 2017 nanti. ♡♡♡

No comments:

Post a Comment