Friday 8 June 2018

Book Haul Pertengahan Tahun 2018



Cuti bulan Mac yang lalu saya berkesempatan untuk membeli beberapa buah buku di Popular. Pada awalnya, saya bercadang hendak mencari buku Cikgu Kelas Sebelah sahaja. Akhirnya saya membawa pulang enam buah buku lain juga. 


1. T For Teacher oleh Cheryl Ann Fernandez. Saya tertarik untuk membeli buku ini kerana perkongsian penulis tentang pengalamannya mengajar di sebuah sekolah menengah. Kebanyakan buku yang saya sudah baca lebih kepada pengalaman guru (penulis) di sekolah-sekolah rendah. 
Baca reviewnya di sini.



2. Camino Island oleh John Grisham. Buku karya John Grisham ni ada potongan diskaun 20% maka saya tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkannya.Baca reviewnya di sini.
  
3. What's Up Turks? oleh Ayza Gursoy. Salah satu destinasi impian saya ialah Turki. Buat masa ini tak dapat ke Turki, membaca pengalaman penulis hidup di negara Turki pun jadilah. Baca reviewnya di sini.

4. Jika Aku oleh Anna Lee.Saya sering membaca review yang bagus tentang karya-karya Anna Lee di blog-blog. Sinopsis cerita ini juga menarik minat saya untuk mencuba membaca buah tangan Anna Lee. Baca reviewnya di sini

5. Closed Casket oleh Sophie Hannah. Rasanya inilah buku yang dinanti-nantikan oleh peminat setia Agatha Christie. Buku ini ditulis oleh Sophie Hannah sebagai kesinambungan cerita misteri Agatha Christie. Penyiasat terkenal Belgium iaitu Hercule Poirot diketengahkan sebagai watak utama dalam buku ini. Baca reviewnya di sini.

6. Cikgu Kampung oleh Shahidan Shuib. Mood saya lebih kepada membaca kisah-kisah dunia pendidikan  pada tahun ini. Jadi tanpa banyak berfikir saya mendapatkan buku ini.Baca reviewnya di sini.

7. Cikgu Kelas Sebelah oleh Fadli Salleh. Buku yang dicari-cari dari penghujung tahun lepas. Syukurlah dapat juga peluang untuk mendapatkan buku ini yang dikatakan begitu laris di pasaran. Berminat juga nak tahu apa agaknya pengalaman yang dikongsikan oleh penulis sepanjang beliau berkecimpung dalam bidang pendidikan.Baca reviewnya di sini.

💗💗💗💗💗
    Sehingga posting ini disiarkan, semua buku tersebut telah selamat dibaca.Akhirnya! Sangat jarang saya dapat membaca sampai habis semua buku-buku yang dibeli. Mungkin juga reading slump saya sudah semakin pulih. Malangnya, mood hendak buat review buku belum ada lagi. 

    Tahun ini saya tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi untuk bilangan buku yang dibaca. Kalau 12 buah buku pun sudah memadai. Dalam erti kata lain, satu buku sebulan. Minggu lepas, ada juga survei kedai buku online tetapi nak tunggu kos pos percumalah macam yang selalu ditawarkan oleh bookcafe. 

      Semoga tajuk-tajuk dalam book haul kali ini akan memberi idea tentang bahan bacaan anda pada musim cuti ini. Cuti masih ada dua minggu lagi jadi masih sempat untuk pergi ke kedai buku atau beli secara online. Selamat membaca. 
     

No comments:

Post a Comment