Tuesday 16 April 2019

La Flora Kelilingi Dunia:Itali, & Indonesia & New Zealand



Hello.
Saya berasa amat gembira apabila siri ini masih diterbitkan dengan tajuk-tajuk yang baharu. Sebelum ini kita telah mengembara ke negara-negara seperti Mesir, China dan sebagainya bersama-sama pelajar Akademi La Flora dan Akademi Putera Noah, kali ini kita akan pergi ke tiga buah negara pula.

๐Ÿ—บ๐Ÿ—บ๐Ÿ—บ๐Ÿ—บ๐Ÿ—บ๐Ÿ—บ

Melalui komik siri La Flora Lawatan Kelilingi Dunia kali ini kita akan pergi ke Itali, Indonesia dan New Zealand.

๐ŸŒŽItali 


Apabila menyebut Itali, pasti kita akan terbayangkan pasta dan pizza. Tahukah anda, Itali juga mempunyai kehebatan yang lain? Watak kali ini ialah Mariona Rinorine seorang pelajar di Akademi La Flora.Seperti pelajar-pelajar lain, dia perlu menyiapkan tugasan tentang kehebatan Itali. Sepanjang misi menyiapkan tugasan, dia ditemani oleh dua beradik Antonio secara senyap. Di samping itu, seorang detektif cilik bernama Alberto Lodsh yang sentiasa mengawasi gerak-geri Mariona. 

Daripada 50 kehebatan Itali, saya senaraikan tiga perkara: 

1. Paparazi
Paparazi merupakan jurugambar bebas yang kerjanya mengekori dan mengambil foto selebriti dan orang ternama tanpa disedari oleh mereka.

2. Keju dan berenga
Kita biasa melihat dan makan keju tetapi pernahkah anda melihat keju yang mengandungi berenga? Keju tersebut sangat ekslusif dan mahal harganya. Tapi awas jika berenga itu sudah mati!

3. Verona
Sebuah kampung di Itali yang menjadi latar tempat drama Shakespeare iaitu Romeo & Juliet.Sehingga kini, tempat itu masih dikunjungi para pelancong dari seluruh dunia yang ingin melihat sendiri rumah yang menjadi inspirasi kepada penulis terkenal itu.

๐Ÿ—บ๐Ÿ—บ๐Ÿ—บ๐Ÿ—บ๐Ÿ—บ๐Ÿ—บ

๐ŸŒIndonesia

Bijaya Sukarno, pelajar Akademi La Flora juga perlu membuat tugasan yang sama tentang negaranya, Indonesia. Kali ini, Bijaya ditemani oleh pelajar Akademi Putera Noah iaitu Kim Giyul. Turut diselitkan watak Cikgu Mary dalam siri kali ini.

Tiga kehebatan Indonesia yang terdapat dalam siri ini ialah:

1. Burung Maleo
Saya berpendapat burung ini unik kerana anak burung itu boleh terbang sebaik sahaja menetas. Burung ini juga tidak mengeramkan telur-telurnya.

2. Harimau Bali
Spesies harimau  terkecil yang pernah ada di Bali. Malangnya spesies ini sudahpun pupus.

3. Pisang Epe
Snek enak ini popular di Makassar. Pisang tersebut dibuang kulitnya kemudian dibakar atas bara api. Selepas itu, disiram dengan pelbagai sos yang digemari selain sos aslinya sos gula merah.

๐Ÿ—บ๐Ÿ—บ๐Ÿ—บ๐Ÿ—บ๐Ÿ—บ๐Ÿ—บ

๐ŸŒNew Zealand 

Miniara (Min) pula perlu membuat tugasan tentang New Zealand, tanah airnya. Sekali lagi watak Kim Giyul diketengahkan bersama rakannya Alexe. Min memiliki seorang biri-biri berbulu emas yang bernama Frederick. Watak Frederick sangat comel dan kelakar. 

Antara kehebatan New Zealand yang dipaparkan dalam siri ini ialah: 

1. Cara bertegur sapa
Cara bertegur sapa mengikut budaya kaum Maori ialah bersentuh hidung. Ada sebabnya mereka mengamalkan budaya sedemikian.

2. Kemp House
Jangan tak tahu, New Zealand juga ada rumah berhantu iaitu Kemp House. Kemp House ini terletak di Kerikeri.Pada zaman perang dahulu, kepala musuh yang dipenggal diletakkan di pagar sebagai amaran kepada musuh yang lain.

3.Terjun Lelabah (Bungee Jumping)
Aktiviti ini sebenarnya berasal daripada upacara orang Maori dewasa untuk menguji keberanian. 

Itu sahaja serba-sedikit tentang sinopsis ketiga-tiga komik tersebut. Komik ini sesuai untuk bacaan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Bahasa yang digunakan mudah dan lukisannya kemas dan menarik. Ada unsur-unsur lucu dalam ketiga-tiga komik tersebut. Tanpa disedari, para pembaca akan memperoleh ilmu baharu tentang negara-negara itu melalui cara yang santai dan menghiburkan. 

Ibu bapa boleh membaca komik ini bersama dengan anak-anak dan mencari maklumat lanjut tentang kehebatan yang diceritakan dalam komik itu di internet. 

Akhir kata, selamat membaca dan semoga terhibur.

Untuk membaca kembara kelilingi dunia ke destinasi lain, boleh klik di sini,sini dan sini.

Selamat membaca.


No comments:

Post a Comment